Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1717749047:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 267
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 205588
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:148:"Kedua-dua Allahyarham sebelum itu telah menerima rawatan selama beberapa hari di Pusat Rawatan TH di Makkah, sebelum dihantar ke hospital Arab Saudi";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => makkah
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753099693";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753414013";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:10;i:1;i:3;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753547498";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753547498
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia | Scoop

Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Kedua-dua Allahyarham sebelum itu telah menerima rawatan selama beberapa hari di Pusat Rawatan TH di Makkah, sebelum dihantar ke hospital Arab Saudi

4:25 PM MYT

 

MAKKAH – Dua lagi kematian baharu dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci berlaku pada Isnin dan Selasa lepas, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini empat orang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kematian ketiga melibatkan seorang jemaah lelaki Ghazali Ahmad, 71, dari Alor Setar, Kedah yang meninggal dunia disebabkan kegagalan buah pinggang dan pembuluh darah di perut yang tersumbat.

“Manakala jemaah keempat yang meninggal dunia ialah Normadiah Mat Ali, 53, dari Jertih, Terengganu disebabkan kegagalan fungsi organ ekoran jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya kepada petugas media dalam sidang media mingguan di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH), di sini hari ini.

Syed Saleh berkata kedua-dua Allahyarham sebelum itu telah menerima rawatan selama beberapa hari di Pusat Rawatan TH di Makkah, sebelum dihantar ke hospital Arab Saudi, namun meninggal dunia semasa mendapat rawaran.

Jenazah kedua-dua jemaah itu kemudian disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan di Tanah Perkhuburan Syuhada Al-Haram dan Tanah Perkhuburan Syaraiee di sini.

Syed Saleh turut merakamkan ucapan takziah kepada waris jemaah dan mendoakan agar segala amal ibadah mereka diberi ganjaran yang setimpal.

Beliau berkata TH akan menguruskan serta menanggung kos badal haji untuk kesemua jemaah menggunakan Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia.

Sementara itu setakat semalam, Syed Saleh berkata seramai 52 jemaah haji Malaysia sedang menerima rawatan disebabkan pelbagai penyakit iaitu iaitu 43 orang di Pusat Rawatan TH di Makkah, manakala sembilan lagi hospital Arab Saudi.

“Mereka dimasukkan ke Pusat Rawatan TH dan Hospital Arab Saudi  disebabkan oleh masalah berkaitan pernafasan seperti jangkitan kuman paru-paru dan lain-lain penyakit seperti masalah jantung, gangguan emosi  yang memerlukan perhatian psikiatri dan sakit otot dan sendi,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun kesemua jemaah berkenaan dilaporkan berada dalam keadaaan stabil dan sedang menerima rawatan sebaiknya.

— LAGI

HAJI-KEMATIAN 3 (AKHIR) MAKKAH

Justeru Syed Saleh turut menasihati semua jemaah haji supaya menjaga kesihatan masing-masing menjelang lapan hari berbaki sebelum hari Wukuf, untuk mengelak sebarang risiko kesihatan termasuk strok haba berikutan suhu boleh mencecah sehingga 50 darjah celcius terutama di Masyair nanti.

“Seperti sedia maklum sejak dari awal operasi sejak Mei hingga sekarang, di Makkah dan Madinah sedang meningkat dengan mencapai suhu maksimum sehingga 47 darjah celcius di Makkah.

“Ini menandakan permulaan musim panas di Arab Saudi dan ia juga bermaksud cuaca serta suhu akan terus meningkat untuk berapa bulan akan datang termasuk di Masyair nanti yang dijangka akan mencecah sehingga 50 celcius,” katanya. – 7 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

With revised guidelines, X now allows ‘consenting’ adult content and nudity 

Adult content on the app must be labelled and not prominently displayed in profile pictures or account banners

Related