‘Kerana nyamuk, kelambu dibakar’ peluang ibu bapa dan anak yang mahukan DLP dirampas: PAGE

Kementerian Pendidikan sepatutnya menyokong dan membantu sekolah yang tidak dapat mencapai tahap GPMP subjek bahasa Melayu dii peringkat UPSR dan SPM untuk menyertai DLP, kata Azimah

11:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap ego sesetengah pihak yang tidak prihatin dengan Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Sains dan Matematik di sekolah telah merampas peluang ibu bapa dan anak-anak yang mahukan program berkenaan.

Sambil mengumpamakan ia seperti ‘kerana nyamuk, kelambu dibakar, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim turut mempersoalkan setakat mana ibu bapa dan negara boleh bertahan dengan polemik politik bahasa ini.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) sepatutnya menyokong dan membantu sekolah yang tidak dapat mencapai tahap pencapaian gred purata mata pelajaran (GPMP) subjek Bahasa Melayu (BM) di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai DLP.

Azimah turut menyentuh mengenai keputusan SPM 2023 baru-baru ini yang mendedahkan 9,306 pelajar gagal BM manakala lebih 40,000 gagal dalam bahasa Inggeris dan tahap pencapaian BM ini menghalang sekolah yang tidak memenuhi gred purata Bahasa Malaysia daripada menyertai program terbabit.

Jelasnya, sekolah-sekolah kebangsaan yang majoritinya anak Melayu patut diberi peluang untuk DLP apatah lagi DLP bercita-cita untuk menaikkan kesejahteraan anak Melayu dan memberi mereka peluang untuk keluar dari perangkap kemiskinan.

“Kebetulannya, hanya 10% dari sekolah rendah di Sabah dan Semenanjung yang menawarkan DLP dan kebanyakannya mempunyai satu kelas DLP sahaja. 

“Ini bermakna 90% sekolah rendah langsung tiada DLP dan kini KPM mahu menutup kelas DLP dengan secara paksaan. 

“Bilangan sekolah yang ada DLP ini, baik diabaikanlah sahaja, tidak perlu dibanggakan oleh KPM. Sebaliknya, banggakah pejuang bahasa yang nampaknya meroyan menghalang anak Melayu dari membuat pilihan mereka yang mahukan DLP?,’’ soal Azimah menerusi satu kenyataan hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini meminta supaya isu DLP bagi pengajaran Sains dan Matematik di sebuah sekolah  tidak wajar diperbesarkan.

Beliau berkata, sesi libat urus berkaitan perkara itu sedang berjalan dan mendapat reaksi sangat baik daripada pengurusan sekolah.

Mengulas lanjut, Azimah berkata, DLP diluluskan pada 2015 dengan tiga kriteria dipersetujui iaitu sekolah-sekolah dan pelajar yang berminat dapat memanfaatkannya dengan mudah dan boleh dicapai; ibu bapa memintanya dan perlu memberi persetujuan bertulis, sekolah mempunyai sumber yang mencukupi, guru besar dan guru bersedia melaksanakannya serta setiap sekolah digalakkan untuk membuka sekurang-kurangnya satu kelas DLP di setiap peringkat.

Malangnya, tegas beliau di saat terakhir sebelum pelaksanaannya pada 2016, pejuang bahasa bertegas membantahnya dan kriteria keempat pula diwujudkan iaitu sekolah yang ingin menyertai program DLP perlu mencapai GPMP subjek Bahasa Melayu di peringkat UPSR dan SPM. 

Dengan semberononya sekadar membantah DLP, tahap pencapaian BM ini menghalang sekolah yang tidak memenuhi gred purata BM, daripada menyertai program DLP. Sekolah-sekolah kebangsaan inilah yang majoritinya anak Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk DLP demi memajukan mereka. Malahan, DLP bercita untuk menaikkan kesejahteraan anak Melayu dan memberi mereka peluang kehidupan untuk berganjak dari perangkap kemiskinan.

“Kriteria keempat ini diragui sama ada ia difikir masak, kini tampil besar kelemahannya, yang ianya regresif daripada membina,’’ katanya. – 12 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related