Kertas siasatan Zayn Rayyan: MCMC diminta bekerjasama dengan PDRM: Fahmi

Ia perlu bagi mengekang sebarang spekulasi dalam kalangan masyarakat dan pihak yang melakukan perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan

4:58 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan tangkap layar didakwa sebagai kertas siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada 6 Disember lepas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu perlu bagi mengekang sebarang spekulasi dalam kalangan masyarakat dan pihak yang melakukan perbuatan tersebut boleh diambil tindakan.

“Saya akan minta pihak MCMC berhubung dengan PDRM sekiranya ada tindakan yang perlu diambil…kita tidak tahu sama ada maklumat itu betul atau tidak..sekiranya benar, perlu ada pihak memberikan penjelasan dan jika tidak benar mereka tersebut perlu diambil tindakan,” katanya mengulas tindakan sebuah portal di Telegram memaparkan tangkap layar itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Program Sembang Santai bersama Komuniti Madani Parlimen Pulai di sini hari ini.

Menurut Fahmi, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat daripada MCMC berkaitan isu itu memandangkan perkara berkenaan baru berlaku.

Fahmi turut menasihati orang ramai agar tidak mendahului mahkamah dalam menghakimi kes tersebut sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk menjalankan tanggungjawab mereka, selain tidak membuat spekulasi.

Semalam, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, iaitu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya Disember tahun lepas.

Mahkamah kemudiannya memutuskan masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan kes. – 14 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri masing-masing

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Related