Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1718678148:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 208916
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:224:"Malaysia-China akan bertukar MoU dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Li Qiang
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang akan bertukar memorandum persefahaman (Mou)
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 239
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752489626";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:1;i:2;i:10;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752489626
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
PM China lawat Malaysia mulai hari ini sempena hubungan jubli emas | Scoop

PM China lawat Malaysia mulai hari ini sempena hubungan jubli emas

Malaysia-China akan bertukar MoU dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang akan bertukar memorandum persefahaman (Mou) serta persetujuan dalam pelbagai bidang, sebagai antara pengisian ketika lawatan pemimpin republik berkenaan ke Malaysia bermula hari ini hingga Khamis ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, bidang itu termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.

Katanya, lawatan tiga hari Qiang itu, bagi terus memperkukuh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang memasuki tempoh jubli emas pada 2024.

“Semasa lawatan terbabit, Qiang akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar untuk membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

“Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya.

Kementerian itu memaklumkan, kedua-dua pemimpin juga akan menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50 ‘persahabatan dan kerjasama erat’ kedua-dua negara.

“Qiang juga akan mengadakan Kunjungan Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Mereka berdua dijadual menghadiri majlis upacara pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link – ECRL) di Gombak, selain makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara,” katanya.

Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut dari tahun 2009.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara adalah sebanyak RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion).

Hubungan diplomatik Malaysia dan China bertambah kukuh sejak penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun 2013.

Kini, hubungan diplomatik kedua-dua negara memasuki 50 tahun, berikutan Kenyataan Bersama ditandatangani Perdana Menteri Ke-2, Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri China, Chou En Lai pada 31 Mei 1974. – 18 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Why is there a monopoly of rice in Malaysia ? — Remy Majangkim

Before the formation of Malaysia, rice was basically state affairs, but as times went on, the rice industry in Malaysia was hijacked by the federal government as it saw fit and included in a federal act that ultimately disbanded the Sabah Padi Board, paving the way for a capitalist corporation to have a complete monopoly.

Minggu Solidariti Palestin raih kutipan dana RM9.2 juta

Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta telah berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Okt hingga 3 Nov lepas melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara. 

Pelaksanaan DLP martabat bahasa Melayu, perkukuh bahasa Inggeris: Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus beriltizam untuk terus berusaha memartabatkan penguasaan bahasa Melayu dan meningkatkan mutu pendidikan bahasa Inggeris.

Related