9 individu, termasuk wanita direman 7 hari kes lelaki maut dengan enam kesan tikaman

Mayat lelaki warga asing ditemukan di tapak pembinaan itu turut mempunyai calar di muka dan mulut berdarah

5:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sembilan individu, termasuk seorang wanita warga asing direman seminggu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat lelaki dengan enam kesan tikaman di badan di tapak pembinaan Taman Menglembu, Ipoh, Perak hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, terdahulu suspek yang berumur antara 21 tahun hingga 41 tahun itu diberkas pada jam 5 pagi hari ini susulan maklumat diperoleh pihaknya, sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk perintah reman.

Menurutnya, suspek yang direman hingga 24 Jun ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

“Pada 18 Jun 2024, jam lebih kurang 1.23 pagi, pihak polis daerah Ipoh menerima makluman daripada orang awam yang menjumpai seorang lelaki terbaring dalam keadaan muka bercalar dan mulut berdarah, selain tidak sedarkan diri di tapak pembinaan di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati mangsa adalah warganegara asing dengan anggaran umur antara 20 hingga 30 tahun, namun hingga kini identiti mangsa mangsa dalam semakan dan pengesahan daripada pihak majikan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang berumur antara 21 hingga 41 tahun itu diberkas pada jam 5 pagi hari ini susulan maklumat diperoleh pihaknya, sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk perintah reman. – Gambar Bernama, 18 Jun, 2024

Abang Zainal berkata, pihak polis mendapati terdapat enam kesan tikaman dan trauma kerana objek tumpul di kiri muka.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 11 pagi ini mendapati, punca kematian disebabkan ‘blunt trauma of the head’ (trauma tumpul),” katanya.

Beliau berkata, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes terbabit, tampil memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kes, Chua Sza Yuan di talian 012-6195312 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa jua keadaan, selain tidak melakukan apa-apa perbuatan yang salah di sisi undang-undang,” katanya. – 18 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related