Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1718787566:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 398
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 209334
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:166:"Pembukaan stesen minyak itu dilaporkan dibuat dengan kerjasama pengedar bahan api di Brazil, Argenta Group dan stesen servis kelas pertama, Rede de Postos Monte Carlo";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Petronas
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751557741";s:5:"count";i:3;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:7;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751557741
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Petronas buka stesen minyak pertama di Brazil | Scoop

Petronas buka stesen minyak pertama di Brazil

Pembukaan stesen minyak itu dilaporkan dibuat dengan kerjasama pengedar bahan api di Brazil, Argenta Group dan stesen servis kelas pertama, Rede de Postos Monte Carlo

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat minyak dan gas multinasional negara, Petronas melakar pencapaian membanggakan negara apabila membuka stesen pertamanya di Brazil, sejak minggu lalu.

Pembukaan stesen minyak itu dilaporkan dibuat dengan kerjasama pengedar bahan api di Brazil, Argenta Group dan stesen servis kelas pertama, Rede de Postos Monte Carlo.

Petronas mengalu-alukan pemandu di sepanjang Castelo Lebuh raya Branco di Sao Paulo ke Posto Petronas Castello Branco, Sao Paulo. – Gambar LinkedIn, 19 Jun, 2024

Pembukaan stesen terletak di Sao Paulo itu dimaklumkan Ketua Projek Perkongsian Petronas yang juga Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distribuidora de Combustíveis, Erik Martimiano da Silva menerusi hantaran di Linkedin.

Katanya, pihak syarikat amat berbangga menjadi sebahagian daripada detik bersejarah untuk sektor bahan api di negara berkenaan, menerusi perasmian stesen minyak Petronas itu.

“Kami akan menawarkan bahan api juara 8x pembina dalam kategori sukan permotoran, dengan jenis produk Petronas Primax,” katanya.

Manakala, Pengurus Urusan Jenama dan Pelesenan, Penapisan Hilir, Pemasaran dan Perdagangan Petronas, Badrul Hisham Mahmud berkata, pembukaan stesen minyak itu menjadi detik penting syarikat berkenaan yang membanggakan negara.

“Petronas mengalu-alukan pemandu di sepanjang Castelo Lebuh raya Branco di Sao Paulo, selamat datang ke Posto Petronas Castello Branco, Sao Paulo.

“Hari pembukaan ini menjadi momen penting kerana kita menyaksikan pelancaran stesen mobiliti Petronas pertama di Sao Paulo.

“Kilauan hijau zamrud di sepanjang lebuh raya sungguh memukau. Sungguh indah pemandangan,” katanya.

Sementara itu, media melaporkan, Pengarah Perancangan, Projek dan Perniagaan Baharu Argenta, Murilo Dancieri Silveira berkata, dengan adanya Petronas di kawasan berkenaan, ia menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil.

“Ia adalah hari sangat istimewa untuk saya dan untuk sejarah sektor bahan api di Brazil!

“Lahirnya stesen minyak pertama dengan jenama Petronas di Brazil. Syarikat asalnya adalah daripada Malaysia.

“Kami di Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis berbangga untuk mengambil bahagian dalam perancangan ini,” katanya.

Mengikut laporan Vocket, pembukaan stesen itu direalisasikan selepas hasil tinjauan menunjukkan pengguna di negara berkenaan menginginkan operasi daripada jenama antarabangsa yang kukuh seperti Petronas.

“Petronas menjalankan penyelidikan pasaran untuk memahami tabiat penggunaan, memerhatikan faktor keputusan pembelian dan keterbukaan kepada jenama baru muncul dalam pengedaran bahan api di negara itu,” menurut satu kenyataan mengenai laporan dikeluarkan kumpulan Rio Grande do Sul SIM melaporkan.

Presiden kumpulan itu, Neco Argenta dilaporkan berkata, kerjasama dengan Petronas mencerminkan persamaan nilai antara kedua-dua syarikat.

“Inisiatif kerjasama ini adalah peluang unik untuk kami menjadi sebahagian daripada pasaran Sao Paulo,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan laporan akhbar kewangan terkemuka di Brazil, Valor Economico, Petronas akan membuka antara tiga hingga lima stesen di antara bandar Campinas dan Sao Paulo.

Setakat ini, Petronas belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Kehadiran stesen minyak Petronas di kawasan berkenaan, sekali gus menawarkan pelbagai pilihan bahan api kepada penduduk di Brazil. – Gambar LinkedIn, 19 Jun, 2024

Pada 2019, Petronas dilaporkan menjadi sebuah daripada 10 syarikat yang bersetuju membayar lebih daripada AS$2 bilion (RM8.37 bilion) bagi mendapatkan hak cari gali dan pengeluaran di 12 blok minyak di luar pesisir Brazil.

Kawasan paling dicari pada pembidaan itu bersempadan wilayah pra-garam Brazil, sebuah zon terlindung dengan mana berbilion tong minyak terperangkap di bawah lapisan garam tebal di dasar lautan.

Pada November 2022, anak syarikat Petronas, iaitu Petronas Petroleo Brasil Ltda (PPBL), mengumumkan penemuan minyak pertama di telaga 4-BRSA-1386D-RJS di lapangan minyak Sépia, Brazil.

Telaga itu terletak di Santos Basin yang prolifik, kira-kira 250 kilometer (km) di luar pantai Rio de Janerio, pada kedalaman perairan sekitar 2,000 meter. – 19 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her tahun of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Kasih sayang, berbuat baik kepada jiran antara terkandung dalam Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara amnya menghimpunkan panduan kehidupan yang bukan menjurus kepada ibadah umat Islam semata-mata malah merangkumi keseluruhan moral dan nilai murni kehidupan manusia pelbagai agama dan kefahaman

Malaysia’s rugby out of style compared to other nations

Former national player says team possesses plenty of talent, but lack preparations, following losses in all matches in Asia Rugby Championship

Related