Kecewa dengan kadar upah, lebih 100 penghantar makanan tuntut jawapan daripada Foodpanda

Struktur tambang dikatakan menjejaskan pendapatan 'rider' sejak sistem penggunaan Google Maps diperkenalkan

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak berpuas hati dengan kadar bayaran upah yang dikenakan oleh Foodpanda, penghantar-penghantar makanan mengadakan protes di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini, hari ini.

Ia sebagai membantah struktur tambang yang dikatakan menjejaskan pendapatan rider sejak sistem penggunaan Google Maps diperkenalkan.

Salah seorang penunggang Foodpanda yang ditemui Scoop, Ridhwan Halim, 29, berkata, kadar bayaran yang diterima ketika ini tidak setimpal dengan jarak penghantaran selepas mereka menggunakan sistem itu.

“Saya dari Puncak Alam dan zon saya kecil sahaja tetapi kini Foodpanda buka zon-zon lain seperti Subang menyebabkan kami terpaksa membuat penghantaran pada jarak yang jauh.

“Malangnya, jarak bertambah tetapi upah tidak setimpal dan terpaksa menolak. Jika dua atau tiga kali ditolak, kami akan dikenakan tindakan,’’ katanya ketika ditemui di ibu pejabat Foodpanda di Jalan Chan Sow Lin, di sini hari ini.

Ridhwan yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai rider berkata, ini kali pertama dia melalui pengalaman berkenaan dan isu bayaran itu sudah lebih sebulan berlarutan namun tiada penjelasan diterima daripada Foodpanda.

Kadar bayaran diterima penghantar Foodpanda ketika ini tidak setimpal dengan jarak penghantaran selepas mereka menggunakan sistem baharu yang diperkenalkan. – Azim Rahman/Scoop, 27 Jun, 2024

“Sebelum ini untuk mencapai RM100, saya hanya perlu membuat 15 penghantaran tetapi kini terpaksa membuat penghantaran sehingga 20 kali semata-mata untuk mengekalkan pendapatan tersebut,’’ katanya.

Tambahnya, kaedah yang digunakan oleh Foodpanda iaitu sistem Google Maps memberikan perbezaan yang besar dalam sistem bayaran.

Jika dulu, katanya, bagi 1 kilometer, upah yang diterima bersamaan dengan RM1 tetapi kini rider menerima serendah 30 sen.

Seorang lagi penghantar makanan dari Putra Height, Khairul Fitri, 34, pula berkata meskipun adakalanya pelanggan memberikan tips namun upah yang diterima tetap berkurangan.

“Contohnya, untuk satu tempahan biasanya harga upah dalam RM5, dan kalau ada sebarang tip yang diberikan oleh pelanggan, foodpanda akan kurangkan jumlah tersebut.

“Daripada RM5, mereka akan kurangkan kepada RM4 atau RM3, sedangkan pelanggan memberi bayaran yang lebih kepada kami,” katanya.

Foodpanda kemudian menjelaskan bahawa 100% tips akan diserahkan terus kepada rider.

Datuk Seri Sharkar Shamsudin (tengah) yang mewakili Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia berkata, antara jaminan yang diberikan Foodpanda rider akan menerima sekurang-kurangnya RM10 hingga RM12 sejam selain mengkaji semula kelemahan sistem baharu mereka. – Azim Rahman/Scoop, 27 Jun, 2024

Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat NGO dan Kesatuan Sekerja Umno mewakili Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM), Datuk Seri Sharkar Shamsudin berkata, Foodpanda akan membuat kajian dalam masa sebulan bagi mencari kelemahan sistem sedia ada.

Sistem itu, katanya sudah diperkenalkan di Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor dan Lembah Klang merupakan yang terbaru.

Satu jaminan yang diberikan, ujar beliau ialah rider akan menerima sekurang-kurangnya RM10 hingga RM12 sejam selain mengkaji semula kelemahan sistem tersebut.

“Mereka cadangkan penghantaran pertama untuk kawasan radius 5km dan ke bawah sebanyak RM7, untuk batch kedua (minta) sebanyak RM6 dan RM5 bagi batch ketiga.

“Bagi jarak melebihi 5km, untuk batch pertama mereka cadangkan tambah sebanyak RM1, untuk batch kedua ditambah 80 sen dan batch ketiga dan seterusnya ditambah sebanyak 50 sen,” katanya.

Menurut Sharkar, Foodpanda berjanji akan membuat kajian dan memberikan maklum balas kurang dari sebulan. – 27 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Ebit Lew kirim gambar alat sulit lelaki buat kali pertama pada 14 Mac 2021: Pengadu

Wanita itu berkata, pada bulan Ramadan antara April dan Mei 2021, tertuduh juga memaksa saksi menjawab panggilan video dan memperlihatkan kemaluannya sehingga wanita itu menyekat nombor telefon Ebit Lew di aplikasi WhatsApp

Company owner pleads guilty to falsifying Penjana 2.0 claims of RM44,600

According to the alternative charge, Muhammad Asyraf Omar was alleged to have dishonestly used forged documents which were claimed to be genuine, namely the verification form for the hiring incentive programme under Penjana 2.0 for claims amounting to RM44,600.  

Safawi ‘pledges best performance’ in crucial Tier 1 friendlies

National striker Muhammad Safawi Rasid who is in sparkling form since making a comeback to the squad hopes to produce a sizzling performance in the two Tier 1 International friendly matches against Syria and China in Chengdu, China later this week.

Related