Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1719987476:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 170
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 213290
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:147:"Perbincangan bersama peguam juga memutuskan kerusi tidak perlu dikosongkan memandangkan pindaan Perlembangaan Bersatu hanya lulus pada 1 April lalu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753370612";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752945369";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753370612
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => ahli parlimen bersatu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
6 Ahli Parlimen Bersatu digugur keahlian dakwa jadi ‘kambing hitam’, bertegas enggan kosongkan kerusi | Scoop

6 Ahli Parlimen Bersatu digugur keahlian dakwa jadi ‘kambing hitam’, bertegas enggan kosongkan kerusi

Perbincangan bersama peguam juga memutuskan kerusi tidak perlu dikosongkan memandangkan pindaan Perlembangaan Bersatu hanya lulus pada 1 April lalu

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti menegaskan tidak akan berlaku kekosongan di kerusi yang disandang kerana mereka tidak meninggalkan Bersatu.

Perkara itu ditegaskan dalam kenyataan bersama keenam-enam Ahli Parlimen terbabit iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

“Kami tidak berhenti menjadi ahli kepada Bersatu tetapi apa yang berlaku ialah kami dipecat daripada parti dan nama kami dibuang daripada sistem keahlian Bersatu.

“Maka, dengan ini jelas membuktikan tidak ada unsur-unsur kami berenam meninggalkan parti atau melompat ke parti lain yang mana boleh meletakkan kami di bawah Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, perbincangan bersama peguam juga memutuskan tidak perlu kerusi dikosongkan memandangkan pindaan Perlembangaan Bersatu hanya lulus pada 1 April lalu, iaitu selepas sokongan diberikan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

“Kami beranggapan bahawa Perlembagaan parti yang sememangnya dipinda dengan niat jahat untuk memastikan kami berenam dijadikan kambing hitam.

“… atau lebih jelas sebenarnya kami ini dianiaya oleh pucuk pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) hanya kerana kami memilih rakyat daripada kekal menyokong pucuk pimpinan yang terus menghentam dan mengkritik kerajaan Madani,” katanya.

Tambah kesemua ahli Parlimen itu, kenyataan sejelas-jelasnya menyokong Perdana Menteri dibuat demi kepentingan rakyat di kawasan Parlimen masing-masing yang memerlukan bantuan.

“… yang mana kami tidak mampu menyediakannya dan membantu rakyat kami sekiranya kami berterusan menjadi Ahli Parlimen di blok pembangkang.

“Justeru, kami membuat keputusan untuk menyokong Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10,” katanya yang turut memaklumkan jawapan bertulis mereka kepada Speaker Dewan Rakyat akan turut dikongsi bersama media hari ini.

Sebelum ini, keenam-enam mereka memaklumkan sudah menghantar surat balas kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Jumaat lalu bagi memberi sebab kepada notis dihantar Bersatu yang memaklumkan keahlian mereka terhenti serta-merta.

Johari memaklumkan mempunyai masa 21 hari selepas menerima notis Bersatu untuk memutuskan sama ada perlu ataupun tidak kerusi keenam-enam kawasan Parlimen itu dikosongkan. – 3 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related