Pembebasan Najib jadi usul utama mesyuarat perwakilan dan sayap-sayap Umno Kedah mulai hari ini

Umno Kedah juga berpendirian supaya jangan ada pihak-pihak tertentu di luar parti menangguk di air keruh seolah-olah mereka adalah jaguh membela Najib

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usul mengenai pembebasan dan keadilan kepada Datuk Seri Najib Razak akan menjadi usul utama di setiap mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan sayap-sayap parti itu, di Kedah mulai hari ini.

Ketua penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia mendapat persetujuan daripada pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan bagi menunjukkan solidariti bersama bekas Perdana Menteri itu selepas mahkamah menolak permohonannya untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.

“Umno Kedah juga berpendirian supaya jangan ada pihak-pihak tertentu di luar parti menangguk di air keruh seolah-olah mereka adalah jaguh membela Najib,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 3 Julai lalu, Najib gagal dalam usaha mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi bagi mencabar kewujudkan Titah Adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, agar bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

Najib, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022 dan hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini menetapkan mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan persidangan sayap-sayap Umno akan diadakan di seluruh negara mulai 21 Jun sehingga 29 Julai ini.

Mengulas lanjut, Shaiful turut mempersoalkan pihak-pihak yang menjadi jaguh selepas disingkirkan serta berada di luar parti.

“Afidavit presiden dan pemimpin Umno serta ketetapan perwakilan jelas menunjukkan Umno kekal komited dan istiqamah mencari keadilan ke atas Najib,’’ katanya.

Semalam, Noh yang juga mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang dan dipecat daripada Umno pada 2023 atas kesalahan melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), membuat pengumuman mengejutkan bahawa beliau menyertai Bersatu.

Noh berkata, keputusan terbabit dibuat selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa Najib yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related