Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1720250748:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 214102
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:62:"Nahas berlaku selepas Aziz diserang angin ahmar ketika memandu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kritikal
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 245
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750947652";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750947652
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Warga emas kritikal di Singapura akibat kemalangan, anak-anak kumpul derma biayai kos perubatan | Scoop

Warga emas kritikal di Singapura akibat kemalangan, anak-anak kumpul derma biayai kos perubatan

Nahas berlaku selepas Aziz diserang angin ahmar ketika memandu

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kempen derma bagi membantu membayar kos rawatan seorang warga emas berusia 76 tahun, Aziz Sharif yang kini dirawat di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) di Singapura sedang giat dijalankan oleh anak-anaknya.

Menurut anaknya, Mohammad Nizam, bapa dan ibunya, Zaleha Maksum, 74, terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandu oleh Aziz terbabas dan melanggar laluan berbumbung di Yishun, Singapura, pada 1 Jun lalu.

Ia berlaku selepas Aziz diserang angin ahmar ketika memandu.

Susulan kejadian itu, Zaleha yang mengajar al-Quran Braille di sebuah pusat Islam di Singapura, meninggal dunia.

“Bapa saya terselamat dalam kemalangan itu namun mengalami kecederaan parah dan dikejarkan di KTPH serta berada dalam keadaan kritikal.

“Angin ahmar yang dialaminya semasa kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan otak yang teruk dan mengalami patah tulang rusuk serta pendarahan dalaman. Dia juga memerlukan sokongan pernafasan untuk terus hidup.

‘Tahap angin ahmar yang dialami oleh bapa saya adalah peringkat 4 dan dengan kecederaan otak yang dialaminya itu, dia memerlukan rawatan yang meluas serta berterusan.

“Sebagai warga asing di Singapura, keluarga saya menghadapi kos perubatan yang sangat tinggi iaitu kos rawatan intensif, rawatan berterusan serta penjagaan jangka panjang,’’ katanya dalam hantaran di Give.Asia iaitu satu platform bagi membantu mereka yang memerlukannya dalam pelbagai keadaan untuk mengumpul derma.

Semua kutipan menerusi Give.Asia akan dibayar terus kepada hospital.

Setakat berita ini ditulis, jumlah kutipan yang diterima ialah sebanyak RM410,501. Jumlah yang diperlukan ialah RM528,358.

Dua anak Aziz menetap di Singapura manakala seorang lagi di Putrajaya. Aziz dan isterinya yang menetap di Taman Daya, Johor Bahru, sering berkunjung ke Singapura untuk melawat anak-anak dan keluarga mereka.

Menurut Nizam, doktor memaklumkan proses pemulihan bapanya akan mengambil masa yang panjang dan sebaik sahaja keadaan stabil, Aziz akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

“Meskipun keadaan ayah kritikal namun kami mempunyai harapan yang tinggi (pulih). Dengan rawatan perubatan dan sokong, terdapat peluang untuknya sembuh semula. Bagaimanapun kami tidak dapat melakukannya sendiri dan dengan rendah diri memohon bantuan anda pada saat yang kritikal ini,’’ katanya. – 6 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related