Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1720327990:33
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 168
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 214283
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:173:"Nabi Muhammad SAW seorang strategis, bijak merancang, melaksana, menilai dan mengambil langkah penambahbaikan hingga risalah Islam berjaya disebarkan dengan pesat dan meluas";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Maal Hijrah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam sewajarnya menjadikan panduan dan pedoman pemikiran strategik Nabi Muhammad SAW
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748435245";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748775010";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748775010
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Pemimpin digesa contohi pemikiran strategik Rasulullah: Sultan Nazrin | Scoop

Pemimpin digesa contohi pemikiran strategik Rasulullah: Sultan Nazrin

Nabi Muhammad SAW seorang strategis, bijak merancang, melaksana, menilai dan mengambil langkah penambahbaikan hingga risalah Islam berjaya disebarkan dengan pesat dan meluas

12:50 PM MYT

 

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam sewajarnya menjadikan panduan dan pedoman pemikiran strategik Nabi Muhammad SAW yang berperanan utama membolehkan syiar Islam berkembang dengan menakjubkan, sempena melangkah masuk ke tahun baharu Hijrah 1446.

Baginda bertitah, inisiatif Rasulullah memperkenalkan langkah inovatif ketika peristiwa hijrah dengan berjaya menyatukan puak-puak berselisih menjadi ummah yang bersatu serta kejayaan membentuk nilai kemanusiaan sejagat, wajib dijadikan pegangan oleh pemimpin semasa.

“Kepimpinan baginda hendaklah dijadikan contoh teladan bagaimana kepimpinan berwawasan dan hikmah yang abadi berupaya melakukan transformasi meskipun berhadapan pelbagai dugaan, cabaran dan halangan,” titah Sultan Nazrin ketika berangkat sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sultan Nazrin bertitah, langkah strategik Nabi Muhammad itu telah membawa Islam semakin tersebar dan terus berkembang ke serata dunia dan setelah 1, 446 tahun berlalunya peristiwa hijrah, Islam kini dianuti oleh 1.9 bilion orang, menyamai 24.1 peratus penduduk dunia.

Selain itu, Sultan Nazrin berititah dalam dunia semakin menghadapi konflik dan dilanda perpecahan, strategi Rasulullah yang pernah menghasilkan kejayaan, hendaklah dikunjungi, dikaji, diterokai, difahami dan diadaptasi untuk menawarkan harapan baharu.

“Dengan mengkaji pendekatan baginda (Nabi Muhammad), ummah boleh mendapat pengajaran dan panduan berharga untuk urusan-urusan penyelesaian konflik, perundingan, pembangunan masyarakat, serta untuk memperlengkapkan diri menghadapi cabaran semasa.

“Mengamati sirah, ternyata Rasulullah seorang strategis, bijak merancang, melaksana, menilai dan mengambil langkah penambahbaikan hingga risalah Islam berjaya disebarkan dengan pesat dan meluas,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin lagi, Nabi Muhammad juga sentiasa mencernakan minda yang strategik dalam usaha mengangkat martabat ummah sebagai insan karamah.

Baginda bertitah, Rasulullah dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang bijaksana, diserlahkan melalui daya pemikiran strategik dan mengamalkan pendekatan strategik ketika diamanahkan mengurus perniagaan.

“Daya pemikiran strategik menjadi kunci kejayaan Baginda ketika mengatur langkah untuk mengembangkan Islam setelah diangkat bertaraf Rasul, demikian juga ketika mentadbir urus negara dan memimpin angkatan perang.

“Melalui pemikiran strategik yang dimiliki dan tindakan strategik yang diamalkan, Rasulullah SAW telah mencapai pelbagai kejayaan,” titah Sultan Nazrin.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak yang memilih tema ‘Minda Strategik Pencetus Ummah Dinamik’, bermakna minda yang memberi fokus kepada hasrat mahu dicapai, minda berfikiran ke hadapan, bersifat proaktif dan melengkapkan diri agar lebih bersedia menghadapi cabaran.

“… disamping memikirkan penyelesaian menghadapi cabaran menghalang, serta bijak merebut peluang terhampar, minda yang strategik akan berani membawa diri melangkah keluar daripada norma biasa, melihat sesuatu situasi melalui lensa lebih luas.

“Minda yang strategik akan melakukan analisis dan perancangan, mencetus idea baharu ke arah mencapai matlamat, agar dapat berkembang maju dalam persekitaran berubah lagi kompetitif,” titah baginda. – 7 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Haji Furada: Hajar Sazrul Travel & Tours diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight days of competition remaining before the closing ceremony on October 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Related