Penolong pegawai perubatan maut, ambulans rempuh belakang treler

Mangsa wanita berusia 30 tahun itu tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan maut di tempat kejadian

10:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai perubatan maut apabila ambulans dinaikinya merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di KM 330.8 Lebuhraya Utara Selatan (Arah utara), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa wanita berusia 30 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sebelum disahkan maut di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu ambulans berusia 41 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan awal mendapati ambulans milik syarikat swasta berkenaan melanggar belakang treler dipandu lelaki berusia 32 tahun di laluan kiri jalan.

“Ambulans berkenaan dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras ke Ipoh selepas menghantar pesakit.

“Treler berkenaan pula dalam perjalanan dari Klang menuju Bukit Mertajam untuk menghantar barangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya manakala punca kemalangan masih dalam siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Mohd Faizan Ahmad @Mohammed Razikin di talian 013-2087919 untuk membantu siasatan,” katanya. – 8 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Squash ace Sivasangari breaks into world top 10

She has had a sterling tahun, including winning the London Squash Classic title in April

‘Why is Ebit Lew there?’ Viral umrah send-off video sparks controversy

Criticism grows as the controversial preacher, facing sexual offence charges, is seen sending off pilgrims at KLIA

Tighten measures to combat online harm and cybercrimes – Derek Fernandez

With high rates of such issues, Malaysia still lacks digital sovereignty in terms of regulating these platforms particularly in holding themselves and users accountable

Related