Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1720508240:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 256
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 214687
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:217:"Segala isu yang dibangkitkan karyawan filem dijawab sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Datuk Azmir Saifuddin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Malaysia, Mediha Mahmood";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Konvensyen FDAM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Isu standard kontrak, Lembaga Penapisan Filem (LPF), kecerdasan buatan (AI) serta pelaksanan semula Padu Citra adalah antara beberapa perkara
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748872089";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748474008";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748872089
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Konvensyen FDAM 2024: Padu Citra, LPF antara topik panas dibangkitkan penggiat seni | Scoop

Konvensyen FDAM 2024: Padu Citra, LPF antara topik panas dibangkitkan penggiat seni

Segala isu yang dibangkitkan karyawan filem dijawab sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Datuk Azmir Saifuddin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Malaysia, Mediha Mahmood

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu standard kontrak, Lembaga Penapisan Filem (LPF), kecerdasan buatan (AI) serta pelaksanan semula Padu Citra adalah antara beberapa perkara yang dibangkitkan karyawan filem dalam sesi Dialog Industri Kreatif di program Konvensyen FDAM 2024 anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), baru-baru ini.

Menariknya, segala isu yang dibangkitkan karyawan filem itu dijawab sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Azmir Saifuddin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki berkata, antara banyak isu yang ditimbulkan, isu mengenai Padu Citra memang menjadi antara topik panas, selain LPF yang diajukan kepada Finas dan CMCF.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum Malaysia, Mediha Mahmood (kiri) dan Afdlin menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh karyawan filem. – Gambar FDAM, 9 Julai, 2024

“Sebab, semua warga industri ingin tahu bila Finas akan melaksanakan semula syarat Padu Citra setelah ia dihapuskan selama beberapa tahun. Semua karyawan filem mahu ia diwujudkan semula.

“Pelaksanaan semula Padu Citra sangat penting kerana ia bukan sahaja dapat membantu melindungi industri serta menjaga hak kebajikan penggiat seni, tetapi secara tidak langsung turut membantu Finas dari sudut penerapan regulasi, pangkalan data serta memastikan penggiat seni betul yang mahu bekerja di dalam industri ini diwakili persatuan yang betul.

“Apabila tiada Padu Citra, siapa pun dari negara lain boleh masuk ke negara ini dan mengambil kerja anda sebagai pengarah filem, krew produksi, pelakon dan sebagainya. Sebab undang-undang itu, sudah tiada. Sedangkan, waktu adanya Padu Citra, siapa yang mahu jadi pengarah filem, mereka diwajibkan menjadi ahli FDAM terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Afdlin, melalui syarat Padu Citra, mana-mana penggiat seni dari luar yang mahu bekerja di dalam negara ini, haruslah menjadi ahli persatuan sama ada FDAM, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) mahupun Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

“Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat melindungi industri kita, tetapi juga menjaga pelaburan kerajaan agar duit tidak keluar ke tempat lain. Ini juga salah satu caranya untuk kita pastikan industri kreatif hiburan tempatan menjadi industri bernilai tinggi.

“Jika tidak, sampai bila-bila pun industri ini akan dilabel sebagai industri hiburan yang tidak menyumbang kepada ekonomi serta pendapatan kasar dalam negara dan kegagalan ini adalah disebabkan semua perkara tidak dilaksanakan mengikut sistem yang betul,” katanya.

Antara penggiat filem yang hadir pada Konvensyen FDAM 2024 untuk membincangkan pelbagai isu mengenai industri perfileman tanah air. – Gambar FDAM, 9 Julai, 2024

Afdlin juga mengakui Dialog Industri Kreatif itu mampu diberi penambahbaikan di masa akan datang menerusi dialog-dialog yang lebih mendalam.

“Ini adalah langkah yang pertama dan untuk mendapatkan dialog ini juga bergantung kepada audiens yang datang dan bertanyakan soalan. Mungkin orang masih terkejut apabila pihak Finas dan CMCF sanggup mendengar, menjawab dan memberikan penjelasan kepada setiap isu yang diajukan.

“Biarpun ada antara soalan yang diajukan itu agak pedas, namun saya percaya mereka (Finas dan CMCF) sudah sedia menjawabnya dan itu membuktikan kesediaan mereka untuk menjadi industri ini lebih baik lagi ke depannya.

“Itu juga yang membuatkan saya gembira dengan apa yang berlaku di sesi Dialog Industri Kreatif pada hari Konvokesyen FDAM 2024 tersebut,” katanya. – 9 Julai, 2024

Topics

 

Popular

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

SPM 2023 results out on May 27: MoE

Candidates can obtain results from respective schools starting 10am on announced date

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related