Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1720589958:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 214939
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:143:"Ia adalah salah satu usaha mengekang penjajahan minda, pemesongan akidah serta pelemahan jati diri yang digunakan Barat melalui filem Hollywood";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Mansor Puteh
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 62
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 287
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751012202";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750547482";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751012202
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Wujudkan Sinema Islami antara gagasan idea Mansor Puteh | Scoop

Wujudkan Sinema Islami antara gagasan idea Mansor Puteh

Ia adalah salah satu usaha mengekang penjajahan minda, pemesongan akidah serta pelemahan jati diri yang digunakan Barat melalui filem Hollywood

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem, penulis dan pelakon, Nasir Jani mendedahkan Allahyarham Mansor Puteh pernah mencetuskan gagasan idea untuk mewujudkan Muslim Cinema atau Sinema Islami melalui penubuhan World Muslim Film Foundation atau Yayasan Filem Dunia Islam.

Bercakap kepada Scoop, Nasir berkata, gagasan idea yang dicetuskan Allahyarham itu adalah salah satu usaha mengekang penjajahan minda, pemesongan akidah serta pelemahan jati diri yang digunakan Barat melalui filem Hollywood.

“Barat tanpa sedar telah berjaya menggunakan filem bagi melemahkan jati diri dan akidah umat Islam di seluruh dunia melalui penjajahan minda.

“Sinema Islami atau Muslim Cinema ini, Mansor percaya ia mampu menghalang usaha-usaha Hollywood yang cuba menyesatkan umat Islam. Apatah lagi, Sinema Islami berupaya memperkenal unsur-unsur agama dan moral yang baik ke dalam bahasa filem atau pemahaman sinematik,” katanya.

Menurut Nasir, kertas kerja mengenai gagasan idea mewujudkan Sinema Islami yang bertajuk ‘Muslim cinema as an anti-thesis to Hollywood’ ini ditulis Allahyarham dan dibentangkan di Khalil Sakakini Cultural Centre di Ramallah, Palestin pada 16 September 1999.

“Mansor kemudian menyerahkan salinan kertas kerjanya itu kepada saya sekitar 2005 hingga 2010 dan kemudian baru saya menulis gagasan ideanya itu di dalam buku yang saya tulis, Pemberontak Filem yang diterbitkan Rabak-Lit.

“Dalam kertas kerja tersebut, Mansor mencadangkan melalui Yayasan Filem Dunia Islam, idea untuk penubuhan Melaka sebagai Kota Filem di Malaysia dan Kota Filem Palembang di Indonesia boleh dicadangkan kepada pemimpin-pemimpin negara Islam khususnya Arab dengan bakal pelabur-pelabur.

“Mansor juga berpandangan Kota Filem Melaka dan Kota Filem Palembang itu diharapkan akan menjadi Hollywood bagi Dunia Islam dan Dunia Ketiga. Cadangan ini dikemukakan Mansor kerana Melaka dan Palembang merupakan pusat utama penyebaran Islam di Asia Tenggara sejak abad ke-15.

“Di gugusan Nusantara ini terdapat gabungan penduduk Islam terbesar di luar rantau Asia Barat. Bahkan terdapat kesamaan nilai sosial, budaya, sejarah dan pengalaman spiritual Islamik. Ia pasti boleh menjadi pusat baharu pertumbuhan tamadun Islam,” katanya.

Selain itu katanya, Allahyarham mencadangkan supaya diwujudkan studio-studio penggambaran filem, muzium filem yang berfungsi sebagai arkib, pusat penyelidikan, penyimpanan dan penyebaran informasi serta sejarah filem negara-negara dunia Islam di kedua-dua kota itu.

“Kota Filem Melaka dan Palembang ini diharap berfungsi mengumpulkan komuniti artis, pelakon, pengarah, tenaga kreatif dan teknikal dari negara-negara dunia Islam dan dunia ketiga untuk menghasilkan filem-filem cereka, program-program televisyen, filem-filem dokumentari dan bahan-bahan audio visual seni dan hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

“Bahkan, Mansor turut mencadangkan supaya diwujudkan The World Muslim Film Festival setiap tahun. Malam penyampaian anugerah dinamakan Nur Islam Awards kepada karyawan filem menyumbang kepada penghasilan filem-filem memaparkan nilai-nilai, pemikiran dan budaya hidup Islamik ini disiarkan secara langsung ke 55 negara dunia Islam,” katanya. – 10 Julai, 2024

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related