6 bekas wakil rakyat Bersatu kekal Ahli Parlimen

Perkara itu dimaklumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bertarikh semalam

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu kekal sebagai wakil rakyat selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan tidak berlaku kekosongan kerusi di kawasan Parlimen disandang mereka.

Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan perkara itu dinyatakan Johari menerusi surat bertarikh semalam.

“Bersatu telah menerima surat bertarikh 9 Julai, lewat petang semalam daripada Speaker Parlimen yang menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk keenam-enam kerusi bekas Ahli Bersatu.

“Keputusan Speaker tersebut adalah amat mengecewakan kerana dengan jelas bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan Speaker dengan memberikan alasan dangkal dan tafsiran songsang menunjukkan Speaker telah mencemar Perlembagaan Persekutuan sedangkan beliau berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara,” katanya.

Speaker sebelum ini memaklumkan akan membuat keputusan mengenai kekosongan enam kerusi terbabit dalam tempoh 21 hari susulan notis diberikan Bersatu kepada beliau sebelum ini.

Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, keputusan Speaker adalah bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan bertindak di luar bidang kuasa beliau dalam membuat tafsiran yang songsang.

“Hanya mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Katanya, peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik.

“Dalam situasi ini, jelas bahawa enam Ahli Dewan Rakyat tersebut di sini tidak lagi menjadi ahli Bersatu berikutan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan Bersatu.

“Di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, apa-apa pentafsiran perlembagaan parti politik oleh parti tersebut adalah muktamad dan konklusif,” katanya.

Muhyiddin menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegakkan tujuan dan hasrat sebenar peruntukan 49A Perlembagaan Malaysia yang bertujuan mengekang perbuatan khianat ahli Dewan Rakyat yang menodai mandat rakyat semasa pilihan raya. – Gambar Parlimen Malaysia, 10 Julai, 2024

Sementara itu, beliau menggesa Johari untuk menegakkan tujuan dan hasrat sebenar peruntukan 49A Perlembagaan Malaysia yang bertujuan mengekang perbuatan khianat ahli Dewan Rakyat yang menodai mandat rakyat semasa pilihanraya.

Muhyiddin turut memetik kata Speaker ketika menjadi pembangkang dalam hansard Dewan Rakyat bertarikh 27 Julai 2022 ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti.

“Inilah satu-satunya undang-undang yang boleh menyekat kita daripada terus menjahanamkan negara kita. Tidak kiralah sama ada sebelah sini (pembangkang) atau sebelah sana (kerajaan) tetapi ini harus terhenti di sini.

“Hakikatnya, keputusan Speaker ini sendiri telah mengkhianati semangat dan hasrat murni pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, Bersatu memutuskan untuk mengambil langkah susulan dengan melantik pakar perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Bersatu.

“PN mengingatkan semua parti politik dan ahli Dewan Rakyat bahawa kita telah meluluskan pindaan Perkara 49A secara sebulat suara.

“Maka, tindakan Speaker membuat tafsiran yang mencemar peruntukan lompat parti tersebut harus dicela,” katanya. – 10 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Related