Jangan lihat rakan dalam parti sebagai musuh: Veteran Umno tegur Lokman, Akmal

Menurutnya, sikap bertelagah antara pemimpin Umno hanya merugikan parti, malah beliau menasihatkan mereka duduk berbincang demi kebaikan

9:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tugas sebagai pemimpin adalah untuk memperbaiki Umno supaya kembali diterima rakyat, bukan bertelagah sesama sendiri yang hanya merugi serta merosakkan parti.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Veteran Umno, Datuk Othman Desa menegur perang mulut dua pemimpin parti itu, Datuk Lokman Noor Adam dan Dr Muhamad Akmal Saleh dalam isu melibatkan enam Ahli Parlimen Bersatu.

Beliau berkata, tidak salah untuk pemimpin berbeza pandangan, namun tidak perlu ia terus melarat sehingga memburukkan imej parti.

Pengerusi Veteran Umno, Datuk Othman Desa menegur perang mulut dua pemimpin parti itu, Datuk Lokman Noor Adam dan Dr Muhamad Akmal Saleh dalam isu melibatkan enam Ahli Parlimen Bersatu – Gambar Facebook Datuk Othman Desa, 15 Julai, 2024

“Tugas kita ahli Umno, tidak kira latar belakang, pemimpin peringkat mana pun ialah untuk perbaiki Umno, mahu Umno kembali bangkit supaya diterima rakyat dan pengundi.

“Kepimpinan atau sesiapa sahaja yang menjadi orang kuat parti, boleh bagi pendapat, tiada masalah tetapi jangan sampai merosakkan parti.

“Saya nasihatkan mana yang bergaduh tu cuba duduk semeja, berbincang untuk kebaikan parti. Jangan melihat rakan-rakan dalam parti sebagai musuh,” katanya hari ini.

Terdahulu, Lokman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menempelak Dr Akmal kerana Ketua Pemuda Umno itu, mempersoalkan keputusan dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung pengosongan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu.

Johari memutuskan bahawa tiada kekosongan kerusi di keenam-enam kawasan Ahli Parlimen yang dipecat dari Bersatu kerana memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurut Lokman, Akmal sepatutnya menyedari kerusi berkenaan tidak dikosongkan berikutan kelompongan dalam akta lompat parti, gara-gara kebodohan pemimpin Bersatu sendiri yang menolak cadangan pindaan akta berkenaan yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika itu.

Lokman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menempelak Dr Akmal kerana Ketua Pemuda Umno itu, mempersoalkan keputusan dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung pengosongan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu – 15 Julai, 2024

“Benda ini menjadi longgar disebabkan pemimpin Bersatu. Apa kejadahnya Ketua Pemuda Umno menjadi jurucakap kepada Perikatan Nasional?’’ soal Lokman.

Mengulas lanjut, Othman berkata, ahli dan pemimpin parti dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan penggunaan media sosial untuk kepentingan agenda peribadi.

“Sekarang jangan berhujah untuk kepentingan kita dan merosakkan parti, ada yang perlu dibincang serta dibahas secara syura untuk kebaikan parti.

“Kita memang akan ada tidak setuju dengan individu-individu tertentu, tidak ada siapa yang pandai atau cerdik sepenuhnya, ada lebih ada kurangnya.

“Yang perlu ditumpukan ialah untuk menjadi pemimpin yang baik, yang menyelesai masalah, boleh mendengar pandangan orang dan boleh memaafkan orang lain,” katanya. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related