Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721106095:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_ad0dff198a77a3efb024afb7d4cc002c] => Array
        (
            [0] => 
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Penjawat awam tiba di mahkamah untuk proses reman
) [_oembed_time_ad0dff198a77a3efb024afb7d4cc002c] => Array ( [0] => 1721105190 ) [_oembed_b63e31697f65c5cfcf4934091b7a28cb] => Array ( [0] =>
[Kemas Kini] Mayat Nur Farah Kartini ditemukan di Hulu Selangor, seorang penjawat awam ditahan
) [_oembed_time_b63e31697f65c5cfcf4934091b7a28cb] => Array ( [0] => 1721105190 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 211 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 216580 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 33 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-179455 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-179455 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:91:"Abang Farah mendakwa, adiknya tidak pernah bercerita mengenai suspek kepada keluarga mereka";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => Nur farah Kartini ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Abang kepada Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang ditemukan mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 58 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 60 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750959159";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:14;i:1;i:17;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 3 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1750959159 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Keluarga tak kenal suspek, rakan rapat pula nafi Farah ada teman lelaki | Scoop

Keluarga tak kenal suspek, rakan rapat pula nafi Farah ada teman lelaki

Abang Farah mendakwa, adiknya tidak pernah bercerita mengenai suspek kepada keluarga mereka

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Abang kepada Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang ditemukan mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam mengakui tidak mengenali suspek yang didakwa sebagai teman lelaki adiknya itu.

Bercakap kepada Scoop, Mohammad Fariza Abdullah berkata, adiknya tidak pernah bercerita mengenai hubungannya dengan suspek kepada keluarga mereka.

Menurutnya, dia masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung perkara itu.

“Saya langsung tidak mengenali lelaki tersebut. Setakat ini, saya tak pernah dengar tentang dia (suspek) dari arwah.

“Buat masa sekarang, saya masih menunggu maklumat daripada pihak polis (mengenai hubungan mereka),” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek berusia 26 tahun itu adalah teman lelaki kepada Farah.

Katanya, suspek ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa sejak Rabu lalu.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam,” katanya.

Hussein bagaimanapun memaklumkan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes kematian bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Ditanya mengenai lokasi pengebumian jenazah adiknya itu, Mohammad Fariza berkata, belum ada sebarang kata putus berhubung perkara tersebut memandangkan ahli keluarga masih menunggu ketibaan ibu mereka dari Miri, hari ini.

“Buat masa ini, kalau ikutkan saya, nak kebumikan di Pahang, tapi perlu berbincang semula dengan keluarga (ibu),” katanya.

Difahamkan, ibu Farah dijangka tiba dari Miri pada malam ini.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati, rakan rapat Farah menafikan suspek adalah teman lelaki kepada bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Dakwa mereka, suspek dan mangsa hanyalah kenalan sahaja dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

“Dia bukan teman lelaki Farah, dia nak Farah tetapi Farah tak nak kat dia.

“Tolong jangan percaya headline (tajuk berita) ‘Kekasih Farah’, turunkan (posting), dia bukan kekasih Farah,” katanya. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related