Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721299310:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 281
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 217337
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:198:"Tindakan PAS hanya mengisytiharkan Datuk Muhammad Jailani Khamis menyertai parti itu selepas setahun adalah tindakan pelik dan mencurigakan buat rakyat serta pengundi kawasan itu: Speaker DUN Melaka";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Adun Rembia
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Tindakan PAS yang hanya mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyertai parti itu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 64
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752915155";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752915155
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
PAS cuba main tarik tali, tiada usaha maklum kedudukan Adun Rembia sejak setahun: Speaker DUN Melaka | Scoop

PAS cuba main tarik tali, tiada usaha maklum kedudukan Adun Rembia sejak setahun: Speaker DUN Melaka

Tindakan PAS hanya mengisytiharkan Datuk Muhammad Jailani Khamis menyertai parti itu selepas setahun adalah tindakan pelik dan mencurigakan buat rakyat serta pengundi kawasan itu: Speaker DUN Melaka

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS yang hanya mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyertai parti itu selepas setahun adalah satu tindakan pelik dan mencurigakan terutama rakyat dan pengundi kawasan tersebut.

Malah Speaker Dewan Undangan (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum ketika memberitahu Scoop berkata, sepanjang tempoh setahun ini, tidak ada pemimpin PAS yang menghubungi atau bertemu beliau bagi memaklumkan penyertaan Jailani ke dalam parti itu.

“PAS langsung tidak pernah isytihar perkara itu, patut mereka rasa banggalah sebab dapat ahli baharu malah seorang Adun lagi.

“Jadi PAS dilihat seolah main tarik tali, saya tak tahu apa tujuan sebenar PAS dan Jailani, namun kalau selepas setahun baru nak maklum pastinya ia tindakan pelik, orang biasa, rakyat malah pengundi di kawasan itu pastinya semua curiga,” katanya hari ini.

Selain itu, Ibrahim memberitahu, sehingga kini Jailani masih belum menghubungi atau menyerahkan surat rasmi berhubung pertukaran keahlian parti malah masih duduk di blok kerajaan.

“Saya minta Jailani untuk berjumpa saya segera atau dalam masa terdekat ini. Lepas itu saya akan mengadakan mesyuarat khas dengan beberapa pihak termasuk Pegawai Undang-Undang Negeri.

“Saya akan semak sama ada tindakan Jailani itu terkait dengan Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan persidangan DUN pada 31 Julai tahun lalu,’’ katanya.

Ditanya sama ada Jailani boleh berdepan tindakan oleh DUN Melaka kerana menyembunyikan status keahlian partinya, beliau berkata, pihaknya akan menyemak peraturan mesyuarat terlebih dahulu.

“Saya akan semak peraturan mesyuarat dan lihat senarionya nanti, memang perkara macam ni tak pernah berlaku,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Speaker DUN Melaka mengisytihar kekosongan kerusi DUN Rembia, sekiranya penyertaan Jailani ke dalam PAS melanggar undang-undang.

Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada sidang media di Parlimen berkata tindakan Jailani tidak dianggap sebagai lompat parti memandangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti diluluskan pada 31 Julai 2023 selepas Jailani menyertai PAS.

Jailani menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atas tiket PKR dan beliau antara empat Adun Pakatan Harapan (PH) yang melompat parti menyokong Barisan Nasional (BN) bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau dikatakan dipecat PKR, sebelum mengumumkan menyertai Umno bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021.

Bagaimanapun timbul isu apabila Jailani dilapor hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Susulan itu, pada September lalu, Lembaga Disiplin Umno mengesyorkan keahlian Jailani digantung selama enam tahun. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

RM100 fine for cyberbullying: an inadequate penalty? – Farah Solhi 

As Esha’s death triggers public outrage, AGC should explain why Shalini Periasamy was charged under Section 14 of the Minor Offences Act instead of acts carrying heavier punishments

Anwar says UAE trip successful as RM40.6 bil in investments secured

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has described his visit to the United Arab Emirates as fruitful, successfully securing investment commitments amounting to RM40.6 billion.

Ahmad Dusuki demands Fahmi’s apology for mosque talk

Independent preacher Ahmad Dusuki Abd Rani is unfazed by the letter of demand sent to him today by Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil, saying that he is ready to face the matter head-on.

Related