Komen jelik di TikTok dan Facebook: MCMC siasat, rakam percakapan 4 individu

Sesi rakaman percakapan individu terbabit dilakukan di empat lokasi berasingan iaitu Rawang, Sungai Petani, Butterworth dan Kangar setelah aduan diterima daripada orang awam

9:10 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Empat lagi individu disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung komen jelik serta provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai lepas.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sesi rakaman percakapan individu terbabit dilakukan di empat lokasi berasingan iaitu Rawang, Sungai Petani, Butterworth dan Kangar setelah aduan diterima daripada orang awam.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.

“Dalam operasi yang dijalankan, kad sim dan telefon pintar milik keempat-empat suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu telah disita bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran serta komen yang bertentangan dengan undang-undang negara.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian yang mengganggu-gugat keharmonian sosial,” katanya. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related