Pasport terbang: 3 anggota penguat kuasa direman 6 hari

Mereka direman untuk membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau ‘pasport terbang’ di Sabah

4:43 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti sindiket pemalsuan pembaharuan pasport atau ‘pasport terbang’ di negeri ini.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di sini hari ini.

Terdahulu permohonan reman terhadap ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada tertuduh masing-masing diwakili peguam Luqman Syazwan Zabidi dan Elhanan James manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman terhadap anggota penguat kuasa terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM dilaporkan menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan, berusia antara 40-an hingga 50-an kira-kira 2 petang semalam, ketika mereka hadir memberi keterangan di pejabat agensi itu di sini.

Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas dan dikatakan telah memberikan rasuah sebanyak RM300,000 kepada anggota penguat kuasa terbabit. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related