117 ahli politik dilantik sebagai pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah syarikat MKD, BBP, IPTA penuhi syarat akademik

Pelantikan itu dibuat berdasarkan kelayakan pendidikan dengan calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau yang setara, pengalaman perkhidmatan dalam industri atau bidang berkaitan serta kepakaran bersesuaian

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 117 ahli politik dilantik menjadi pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) bagi Syarikat-Syarikat Diperbadankan Menteri Kewangan (MKD) dan Badan Berkanun Persekutuan (BBP) termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sehingga 12 Jun lalu.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), 25 daripada jawatan itu adalah untuk MKD, manakala selebihnya bagi BBP termasuk IPTA.

Begitupun, MoF bertegas pelantikan itu dibuat berdasarkan proses saringan sewajarnya bagi memastikan individu tersebut berupaya memenuhi peranan dengan berkesan seperti yang digariskan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

“Pengerusi dan ALP dalam syarikat MKD serta BBP dilantik berdasarkan kemampuan, kepelbagaian latar belakang dan kepakaran yang bersesuaian serta mengambil kira keperluan dan core business entiti itu sendiri bagi membolehkan Lembaga Pengarah melaksanakan tugasan dengan cekap dan berintegriti,’’ katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat).

Mumtaz ingin mengetahui bilangan jawatan lantikan politik sebagai pengerusi dan ALP di agensi, perbadanan, dan syarikat di bawah kerajaan serta badan berkanun dan mekanisme penapisan yang digunakan.

MoF juga menyatakan, pelantikan itu dibuat berdasarkan kelayakan pendidikan dengan calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau yang setara, pengalaman perkhidmatan dalam industri atau bidang berkaitan serta kepakaran bersesuaian.

Individu terbabit, juga perlu berintegriti dan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah.

Menurut MoF, tapisan juga akan dilakukan pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Bank Negara, Polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). – 19 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Let Rukun Negara be our guide – Ravindran Raman Kutty

For those of you, dear Malaysians, who have forgotten our Rukun Negara, I would like to remind everyone of them… these words of gold were the basic tenets of national unity.

Set aside differences: follow T’ganu’s lead putting unity first on National Day

State governments led by the opposition should emulate the Terengganu government’s move to use the same National hari logo and theme as the federal government.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last minggu.

Related