Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim jadi tumpuan media global

Akhbar dalam talian British, The Independent membuat liputan mengenai pertabalan dengan memberi tumpuan kepada latar belakang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

8:20 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu merupakan upacara gilang-gemilang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan dilaporkan secara meluas oleh media antarabangsa.

Di Singapura, platform berbahasa Melayu Mediacorp, Berita bukan sahaja menyiarkan berita yang dihasilkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tetapi turut berkongsi laporan bergambar di laman media sosialnya.

CNA menghasilkan laporan video berita terperinci mengenai istiadat itu yang dihadiri oleh ratusan tetamu, termasuk Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching. Istiadat pertabalan itu juga mendapat liputan SPH Media, Berita Harian Singapura dan The Straits Times (ST).

Agensi Berita China Xinhua menonjolkan istiadat pertabalan itu dengan menyatakan keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan  Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.

Dalam laporannya, Xinhua menyebut titah diraja Sultan Ibrahim, di mana baginda bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.

Akhbar dalam talian British, The Independent membuat liputan mengenai pertabalan dengan memberi tumpuan kepada latar belakang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

The Independent menjelaskan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dengan jawatan Ketua Utama Negara akan digilirkan setiap lima tahun.

Associated Press (AP) memberikan gambaran keseluruhan mengenai pertabalan dengan tajuk, “What to know about Malaysia’s coronation of its King, Sultan Ibrahim Iskandar,” memfokuskan kepada peranan Yang di-Pertuan Agong dan latar belakang Sultan Ibrahim. – 21 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Squash ace Sivasangari breaks into world top 10

She has had a sterling year, including winning the London Squash Classic title in April

Tighten measures to combat online harm and cybercrimes – Derek Fernandez

With high rates of such issues, Malaysia still lacks digital sovereignty in terms of regulating these platforms particularly in holding themselves and users accountable

Proud to tell Sabah’s stories: Sandakan-based journalist bags four awards for Scoop

Two gold and two merits gives Rebecca Chong wins in four out of six English-language categories in the Kinabalu Press Awards 2024

Related