Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1721566607:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 218150
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:100:"Platform media sosial dilihat tidak begitu serius dalam menyelesaikan masalah buli siber di Malaysia";}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 212
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752800881";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752800881
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => buli siber
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Beberapa platform media sosial akan diambil tindakan dalam masa terdekat: Fahmi | Scoop

Beberapa platform media sosial akan diambil tindakan dalam masa terdekat: Fahmi

Platform media sosial dilihat tidak begitu serius dalam menyelesaikan masalah buli siber di Malaysia

8:56 PM MYT

 

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial, susulan beberapa aspek buli siber yang berlaku sebelum ini, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pada pandangannya platform terbabit tidak begitu serius dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat Malaysia.

“Saya tidak rasa mereka mengambil kisah…jadi cukuplah. Kita akan hantar satu mesej yang sangat keras dan jelas kepada platform-platform ini. Nantikan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini, hari ini.

Fahmi berkata keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan dengan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Beliau juga berkata kementerian tersebut bekerjasama untuk meneliti antara tiga hingga empat perkara.

Antaranya, melibatkan undang-undang sedia ada, menggubal undang-undang baharu dan dari segi pelaksanaan undang-undang tersebut.

“Kita lihat teknologi yang ada hari ini, sama ada kecerdasan buatan (AI), mahupun pelbagai platform media sosial, mungkin aspek teknikal itu kita perlu bantu pihak penyiasatan dan seterusnya kepada aspek pendakwaan.

“Jadi, framing the charges. Di sini saya nampak ada beberapa perkara contohnya dalam kes mendiang Rajeswary Appahu atau Esha, yang membunuh diri akibat daripada dipercayai buli siber dari sesi TikTok live,” katanya.

Fahmi berkata beliau sendiri pernah melihat sesi TikTok live dan merasakan terdapat segelintir komen-komen yang agak keterlaluan, seolah-olah menjurus ke arah membolehkan penonton lain hilang adab dan kewarasan.

“Ini yang disebut bukan hanya the perpetrators tetapi juga the purveyors.. bukan sahaja mereka yang melakukan tetapi yang juga membolehkan kecaman dan menjemput orang lain memaki hamun,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata hasil daripada sesi permukiman bersama kira-kira 2,000 Komuniti Madani pagi tadi, pihaknya akan menyampaikan beberapa pandangan yang diusulkan ahli Komuniti Madani termasuk aspek pelaksanaan Budi Madani kepada Kementerian Kewangan.

“Ada yang menyatakan bahawa mereka perlukan sedikit bantuan terutama di kawasan, contohnya di Felda atau kawasan pedalaman, bagi kenderaan-kenderaan yang telah mati cukai jalan.

“Mereka perlukan sedikit bantuan. Ada juga yang menyampaikan beberapa pandangan termasuklah mengenai peruntukan bagi Budi Madani…ini pun kita ambil maklum. Kita akan panjangkan usul-usul ini kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Budi Madani ialah wadah kerajaan dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat berlangsung 9 pagi hingga 4.30 petang hari ini, dengan pelbagai program disediakan bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menuju Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024. – 21 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Impact of social engineering on fake news: insights from M’sia – Syed Mohammed Idid

IN the digital age, social engineering has emerged as a pervasive tactic used to manipulate individuals and exploit their trust. This article explores the concept of social engineering and its significant impact on the proliferation of fake news. By examining a recent example in the Malaysian context, we can better understand the dangers associated with this phenomenon.

Kasih sayang, berbuat baik kepada jiran antara terkandung dalam Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara amnya menghimpunkan panduan kehidupan yang bukan menjurus kepada ibadah umat Islam semata-mata malah merangkumi keseluruhan moral dan nilai murni kehidupan manusia pelbagai agama dan kefahaman

Related