Kerjasama PAS-Umno: Saya jumpa selalulah tapi tak bincang hala tuju politik, kata Sanusi

“Saya hadir dalam mesyuarat PAS, tiada laporan pertemuan dan tak pernah dimaklumkan, saya pengarah pilihan raya kalau ada mesti diberitahu."

7:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan wujud sebarang pertemuan rasmi bersama Umno bagi membincangkan kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari seperti dilaporkan media baru-baru ini kemungkinan merujuk kepada pertemuan tidak formal seperti di Parlimen.

“Biasalah Ahli Parlimen, pi (pergi) Parlimen jumpa hari-hari, saya rasa itulah punca kepada cerita ini, jumpalah di Parlimen, tidaklah secara rasmi.

“Saya hadir dalam mesyuarat PAS, tiada laporan pertemuan dan tak pernah dimaklumkan, saya pengarah pilihan raya kalau ada mesti diberitahu.

“Saya pun ada jumpa pemimpin Umno, DAP pun sama dan (Menteri Komunikasi) Fahmi Fadzil di Istana Negara (sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim).

“Kalau berjumpa itu dikira pertemuan, saya jumpa selalulah. Tapi tak bincang hala tuju politik,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini mendakwa, berlaku beberapa siri pertemuan PAS bersama pemimpin Umno bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU16, namun ia hanya sembang santai ketika kedua-dua pihak terserempak bukan rundingan formal. – Gambar Scoop, 24 Julai, 2024

Sebelum ini, sebuah media memetik kenyataan Ahmad Fadhli yang mendakwa berlaku beberapa siri pertemuan PAS bersama pemimpin Umno ketika ini, bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU16.

Fadhli bagaimanapun menjelaskan bahawa perbincangan itu hanya sembang santai yang diungkapkan ketika pemimpin kedua-dua parti berkenaan terserempak dan bukan perbincangan formal mengenai sebarang kerjasama antara kedua-duanya.

Menurutnya, ia memandangkan beliau tidak berada di peringkat pembuat keputusan penting, sama ada dalam PAS atau Perikatan Nasional (PN).

Susulan itu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan PAS bagi membentuk kerjasama pada PRU16.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga secara peribadi tidak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti tersebut. – 24 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related