Wan Fayhsal akui kata-kata PN menyinggung perasaan bukan Islam tapi ‘kita berubah’

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kepimpinan tertinggi PN kini sedang memperhalusi perkara itu bagi mengelakkan ia berulang

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal percaya tanggapan bahawa Perikatan Nasional (PN) adalah parti berasaskan ‘Melayu dan Islam’ di kalangan pengundi bukan Melayu boleh disingkirkan menerusi polisi yang dilaksanakan di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran gabungan itu.

Wan Fayhsal, yang juga Ahli Parlimen Machang, turut mengakui ada narafif dalam kalangan pemimpin PN yang menyinggung orang bukan Islam.

Beliau menambah kepimpinan tertinggi PN kini sedang memperhalusi perkara itu bagi mengelakkan ia berulang.

“Saya sudah menyatakan berulang kali. PN bukan parti berhaluan kanan. Ya kita ada naratif kadang kala menyinggung hati dan perasaan orang bukan Melayu dan saya percaya ia sedang diperhalusi di peringkat pimpinan.

“Ia bagi memastikan perkara itu tidak berulang, supaya kita dapat menarik lebih ramai pengundi bukan Melayu dan bukan Islam. Supaya mereka boleh mengenali kita untuk pilihan raya umum ke-16 (PRU16) dan ke Putrajaya.’

“Proses ini sedang berjalan dan kita sudah mulakan di peringkat kepimpinan PAS serta Bersatu.

“Bersatu sudah isytihar tiada pertandingan. Kita minta pertandingan bersifat musyawarah dan minta kompromi lima jawatan tertinggi parti.

“Bagi PAS, figura seperti Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, dilihat sebagai wajah moden, sederhana PAS yang mungkin sampai hari ni tak nampak. PAS juga bersedia ke arah itu.

“Namun ia tidak cukup, kita perlu buktikan dengan polisi. Dan polisi ini boleh dinilai di negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Wan Fayhsal (dua dari kiri) ketika menjadi tetamu dalam podcast Scoop Trick Lama bersama teraju, Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin (dua dari kanan); Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez (kanan) – Alif Omar/Scoop, 27 Julai, 2024

“Kalau dapat buktikan negeri-negeri itu ada dasar progresif dan sederhana merangkumi hak dan kepentingan orang bukan Islam dalam perniagaan, kebudayaan dan agama, saya yakin kita boleh memenangi hati pengundi terutama di negeri yang tidak biasa dengan corak pentadbiran ini,’’ kata Wan Fayhsal yang menjadi tetamu dalam podcast Scoop Trick Lama baru-baru ini.

Ia diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez.

Pilihan raya negeri yang diadakan di enam negeri tahun lalu menyaksikan Kedah, Kelantan dan Terengganu kekal di bawah pentadbiran PN, dengan PAS mendapat kemenangan majoriti.

PN juga menerajui Perlis, selepas menang 14 daripada 15 kerusi pada pilihan raya umum 2022. Keseluruhan PN menang 74 daripada 222 kerusi Parlimen pada 2022.

Wan Fayhsal juga memberitahu PN berhasrat mewujudkan lebih banyak kesedaran dalam kalangan pengundi di negeri-negeri selatan semenanjung mengenai pentadbiran negeri-negeri di bawah pentadbiran PN.

“Salah satu strategi kita sebelum pilihan raya umum ialah membawa pengundi Cina dan India dari Selangor, Johor dan Melaka ke Kelantan.

“Kita bagi mereka lihat sendiri (kehidupan) di Kuala Krai. Bagaimana orang Cina dan India hidup bersama-sama, makan budu dan bagaimana mereka hidup seperti yang lain, minum alkohol dan makan bak kut teh tanpa sebarang isu.

“Macam di kawasan saya di Machang, budak sekolah Cina main dikir barat. Mana boleh dapat benda ni, tiada…hanya di Kelantan,’’ tambah Wan Fayhsal.

Gabungan PN merangkumi Bersatu, PAS dan Gerakan, dengan pengerusinya adalah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – 27 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related