Beri bayangan tidak turun ke Nenggiri, Lokman tumpu bantu calon Umno di media sosial

Kelmarin Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan parti itu melarang empat individu termasuk Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Lokman daripada tampil di pentas ceramah PRK Nenggiri

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam menegaskan akan tetap membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Biarpun menjadi antara pemimpin yang disebut dihalang untuk turun berkempen dalam satu surat palsu yang tular, beliau berkata, gerak kerja bagi membantu calon parti akan ditumpukannya di media sosial.

Katanya, jarak antara rumah ke rumah yang jauh di dalam kawasan Nenggiri mungkin tidak menuntut kempen perlu ditumpukan kepada ceramah semata-mata.

“Saya akan tumpu di media sosial. Nenggiri ini jarak rumah antara satu dengan yang lain jauh-jauh.

“Mungkin tak guna pendekatan ceramah langsung, lebih kepada gerak kerja rumah ke rumah,” katanya kepada Scoop hari ini.

Kelmarin Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan parti itu melarang empat individu termasuk Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Lokman daripada tampil di pentas ceramah PRK Nenggiri.

Zahid berkata, BN tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan menyifatkan ia sebagai mainan politik untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam kerajaan.

Dua lagi individu lain yang dikaitkan dalam dakwaan tersebut ialah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain dan seorang pempengaruh dikenali sebagai Wan Hadi.

Malah Umno Kelantan yang membuat tapisan penceramah turut menegaskan tidak pernah menyebut nama mana-mana pemimpin yang dihalang daripada hadir berkempen pada PRK itu.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, empat nama individu yang disebut dalam surat BN yang tular sememangnya tiada dalam pengetahuan pihaknya.

Umno mengumumkan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon manakala Bersatu masih belum menamakan calon mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos akan datang. – 28 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related