Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1728547026:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 190
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 220590
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Zayn Rayyan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748384215";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748801020";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748801020
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:147:"Ibu bapa kanak-kanak tersebut, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari turut diberi kebenaran membuat panggilan video dengan anak bongsu mereka";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Selepas hampir dua bulan berada di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, adik kepada kanak-kanak austisme
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Adik kepada Zayn Rayyan semakin ceria di bawah jagaan JKM Selangor: Pengarah | Scoop

Adik kepada Zayn Rayyan semakin ceria di bawah jagaan JKM Selangor: Pengarah

Ibu bapa kanak-kanak tersebut, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari turut diberi kebenaran membuat panggilan video dengan anak bongsu mereka

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas hampir dua bulan berada di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, adik kepada kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Zaim Ikhwan yang berusia lima tahun kini semakin ceria dan berat badan juga bertambah.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, kanak-kanak tersebut juga semakin selesa tinggal di bawah jagaan agensi tersebut kerana dikelilingi ramai rakan sebaya yang turut mendapat perlindungan di tempat sama.

“Alhamdulillah, tiada masalah (sepanjang menetap di sana), dia pun gembira sebab ramai kawan-kawan sebaya dan kami asingkan dia serta tidak bercampur dengan budak yang lebih besar.

“Berat badan dia pun dah makin bertambah, Alhamdulillah pihak JKM memang menjaganya sebaik mungkin,” katanya.

Azmir turut menjelaskan ibu bapa kanak-kanak terbabit, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari turut diberi kebenaran membuat panggilan video dengan anak bongsu mereka.

Ibu bapa Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari turut diberi kebenaran membuat panggilan video dengan anak bongsu mereka. – Gambar Scoop, 5 Ogos, 2024

“Kali terakhir mereka membuat panggilan video adalah minggu lalu dan tiada batasan masa untuk mereka berbual,’’ katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai prosiding mahkamah berhubung penjagaan kanak-kanak itu, Azmir berkata Mahkamah Majistret Shah Alam belum lagi memberikan tarikh bagi sebutan kes tersebut.

“Mahkamah masih belum beri tarikh lagi, mungkin Isnin minggu depan baru dapat tahu tarikh berhubung perkara ini,” katanya.

Menurut Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim, adik kepada Zayn Rayyan selesa tinggal di bawah jagaan mereka kerana dikelilingi ramai rakan-rakan sebaya. – Gambar JKM, 5 Ogos, 2024

Pada 14 Jun lalu, JKM Selangor mendapat perintah jagaan sementara dari Mahkamah Majistret Shah Alam mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 sementara menunggu laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai lengkap.

Terdahulu, pada 13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak sulung mereka, Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kes tersebut akan disebut semula pada 18 September depan.

5 Disember lalu, Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai sebelum mayatnya ditemukan pada keesokan harinya berhampiran anak sungai di kawasan perumahan tersebut. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Limkokwing Uni teams up with Russia’s Synergy Uni to transform global education

The partnership aims to bridge educational models and address the soft skills gap for graduates entering the workforce

Related