Pemandu maut, rakan parah kereta dinaiki terbabas sebelum rempuh penghadang jalan

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda maut manakala rakannya parah selepas kereta dinaiki terbabas di bulatan Persiaran Indah, Bukit Indah di Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan berkata, dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, kereta dipandu pemuda berusia 24 tahun itu hilang kawalan ketika menuju ke bulatan Persiaran Indah sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Menurutnya, mangsa tercampak keluar daripada kereta jenis Toyota Vios dan mengalami kecederaan parah di kepala serta patah tangan kanan.

“Rakannya pula mengalami kecederaan parah di kepala, kaki dan tangan. Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan susulan.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu, boleh hubungi pejabat pertanyaan BSPTD Iskandar Puteri di talian 07-5101322,” katanya. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related