PM akan umum Ketua Setiausaha Negara baharu ganti Mohd Zuki masa terdekat

Mohd Zuki yang akan bersara pada 10 Ogos ini disifatkan sebagai tonggak penjawat awam yang komited dan tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tugasnya

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui akan kehilangan pendamping dan tonggak penting dalam perkhidmatan awam berikutan persaraan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, Mohd Zuki yang akan bersara pada 10 Ogos ini disifatkan sebagai tonggak penjawat awam yang komited dan tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tugasnya.

“Saya bersyukur kerana sejak menjadi Perdana Menteri, selain ada rakan dalam pentadbiran, saya juga didampingi tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam iaitu Tan Sri Zuki dan kebetulan perhimpunan ini terakhir bagi beliau selaku KSN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Menurut Anwar, bermula hari pertama beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Mohd Zuki telah secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.

“Saya menghargai dan terhutang budi kepada beliau kerana walaupun berpengalaman berkhidmat dengan Perdana Menteri sebelum ini, tetapi beliau tetap menjalankan khidmat secara profesional,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, pengumuman pelantikan baharu Ketua Setiausaha Negara bagi menggantikan Mohd Zuki akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Calon Ketua Setiausaha Negara, saya akan umum dalam masa terdekat,” katanya.

Mohd Zuki, 60, dilantik sebagai KSN sejak 31 Disember 2019 dan dilantik semula memegang jawatan itu secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos ini.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mohd Zuki juga pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri, serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Let Rukun Negara be our guide – Ravindran Raman Kutty

For those of you, dear Malaysians, who have forgotten our Rukun Negara, I would like to remind everyone of them… these words of gold were the basic tenets of national unity.

Set aside differences: follow T’ganu’s lead putting unity first on National Day

State governments led by the opposition should emulate the Terengganu government’s move to use the same National hari logo and theme as the federal government.

Elmina crash: SG experts fail to retrieve memory puck data, M’sia turns to US for help

Singapore authorities have been unable to retrieve data from the memory puck in the cockpit voice recorder recovered from the plane wreckage in Bandar Elmina, Shah Alam last minggu.

Related