Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1723197476:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 241
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 222294
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:140:"Wartawan itu ketika ditemui mengatakan, mereka berharap hak kebebasan media untuk melindungi sumber berita, akan terus dihormati semua pihak";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => wartawan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753264430";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:9;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753488222";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752980770";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:13;i:1;i:19;i:1;i:3;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753488222
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Laporan rombakan pengurusan PDRM: 3 wartawan selesai beri keterangan | Scoop

Laporan rombakan pengurusan PDRM: 3 wartawan selesai beri keterangan

Wartawan itu ketika ditemui mengatakan, mereka berharap hak kebebasan media untuk melindungi sumber berita, akan terus dihormati semua pihak

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga wartawan sebuah portal selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini berhubung laporan rombakan membabitkan pengurusan kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka tampil memberi keterangan jam 2.35 petang dan selesai berbuat demikian pada 3.45 petang dengan ditemani peguam, Rajsurian Pillai.

Rajsurian berkata, ketiga-ketiga anak guamnya itu disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Mereka (tiga anak guam) datang hari ini dengan penuh sukarela, tiada masalah, pegawai penyiasat pun sangat profesional dalam melakukan tugas.

“Mereka ditanya secara berasingan dengan 27 set soalan sama, antaranya siapa dan apa sumber informasi yang diperolehi untuk menulis artikel tersebut, tapi kebanyakan soalan dijawab di mahkamah dan etika kewartawanan mengatakan media tidak boleh mendedahkan sumber mereka.  

“Saya rasa semua pihak hormati dan faham mengenai perkara itu, termasuk pihak polis,” katanya kepada petugas media.

Menurut Rajsurian, siasatan terbabit tidak melibatkan rampasan barangan elektronik daripada wartawan itu.

Katanya, pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya ketiga-tiga wartawan berkenaan dipanggil semula bagi membantu siasatan polis.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan kami tidak pasti sama ada akan dipanggil lagi atau tidak.

“Jika siasatan masih belum lengkap, mereka boleh dipanggil semula.

“Setakat ini, tiada sebarang rampasan (daripada polis melibatkan) telefon bimbit dan komputer riba (ketiga-tiga wartawan terbabit),” katanya.

Sementara itu, seorang daripada wartawan berkenaan, Hariz Mohd berkata, mereka mengharapkan hak kebebasan media untuk melindungi sumber berita, akan terus dihormati semua pihak.

“IO (pegawai penyiasat bersikap profesional serta melayan kami dengan baik dan kami juga beri kerjasama penuh.

“Kami hormati tugas polis tapi sebagai pihak media, kami mengharapkan supaya hak media untuk melindungi sumber ini akan terus dihormati,” katanya.

Ketiga-tiga wartawan itu dipanggil memberi keterangan susulan penerbitan artikel memetik sumber yang mendakwa, akan berlaku rombakan membabitkan pengurusan kanan PDRM dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataannya menafikan perkara itu dan menegaskan laporan terbabit tidak benar.

“Kita ingin menegaskan bahawa PDRM tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara dimaksudkan.

“PDRM sudah menghubungi pihak portal berkenaan, namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber yang dinyatakan di dalam laporan berita tersebut,” katanya. – 9 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Related