Pemain bola bawa kerambit ada dalam senarai ‘dikehendaki’ kes baling bom petrol

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, lelaki berusia 22 tahun itu akan dituduh atas kedua-dua kesalahan itu di Mahkamah Kuala Lumpur esok

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak yang membawa senjata tajam dipercayai kerambit dalam perlawanan bola sepak Liga Sosial yang diadakan di KLFA Football Centre, pada 4 Ogos lalu, adalah suspek yang berada dalam senarai dikehendaki polis bagi kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, lelaki berusia 22 tahun itu akan dituduh atas kedua-dua kesalahan itu di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Suspek, katanya, akan didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Dia ini ada ‘wanted’ (dalam senarai dikehendaki) satu kes, kes baling molotov cocktail di depan pusat hiburan, inilah orangnya,’’ katanya selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Putrajaya dan Pengerusi PERKEP Putrajaya, hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, suspek, yang merupakan seorang pemain bola sepak ditahan selepas disyaki membawa kerambit dalam satu pergaduhan yang berlaku di padang KLFA, Desa Melawati.

Suspek kemudiannya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan manakala teman wanitanya berusia 22 tahun ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Sementara dalam satu insiden pada 9 Mei lalu, sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol, dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi.

Video rakaman CCTV yang memaparkan kejadian itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – 15 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related