Grab Malaysia berjaya kumpul sumbangan lebih RM1 juta untuk Mercy Malaysia

Dana itu termasuk sumbangan sukarela daripada pengguna melalui GrabPay dan GrabRewards, yang dipadankan oleh Grab Malaysia

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia berjaya mengumpul lebih RM1 juta sumbangan untuk menyokong kerja-kerja kemanusiaan Mercy Malaysia, sejak November 2023.

Dalam kenyataannya, syarikat berkenaan berkata pencapaian itu adalah bukti usaha antara Grab, pengguna, rakan pemandu dan penghantar Grab yang berganding bahu membiayai usaha bantuan dan pemulihan organisasi itu.

Dana itu, katanya termasuk sumbangan sukarela daripada pengguna melalui GrabPay dan GrabRewards, yang dipadankan oleh Grab Malaysia.

“Grab Malaysia turut bekerjasama dengan Mastercard yang menyumbang satu peratus daripada nilai pesanan Grab Food untuk pesanan berjumlah RM30 ke atas dan ia juga termasuk persetujuan menyumbang sebanyak RM200,000 melalui Dana GrabForGood,’’ katanya.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo (kanan) bersama salah seorang penerima kempen #BantuanBanjir, Sepiah (kiri) di Kampung Kuala Jengal, Terengganu – Gambar ihsan, 21 Ogos, 2024

“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami mahu terus terlibat dalam peningkatan komuniti yang kurang diberi layanan dan memerlukan bantuan.

“‘Inisiatif kami bersama Mercy Malaysia merupakan lanjutan dari usaha kami selama ini dan pengguna telah menunjukkan kemurahan hati yang luar biasa dan sumbangan mereka membawa perubahan nyata dalam kehidupan komuniti yang terjejas akibat banjir,’’ kata Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo.

Jelasnya, sumbangan yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai usaha bantuan di seluruh Malaysia serta membantu mereka yang terjejas akibat konflik.

Tabung bantuan banjir

Grab Malaysia telah bekerjsama dengan Mercy Malaysia sejak 2021 untuk kempen #BantuanBanjir yang menyokong pemulihan komuniti yang terjejas akibat banjir di seluruh Malaysia.

Ia termasuk menyediakan bantuan segera seperti makanan, air bersih dan bekalan asas.

Sumbangan itu akan digunakan untuk memperoleh bahan mentah dan tenaga kerja yang diperlukan untuk memulihkan infrastruktur kawasan, membantu membina semula rumah dan sekolah serta membaik pulih sistem pembentungan.

Semasa inisiatif sukarelawan di Kampung Kuala Jengal, Terengganu baru-baru ini, pasukan Grab dapat bertemu dengan Sepiah, salah seorang penerima kempen #BantuanBanjir dan berkongsi bahawa rumahnya yang terletak berhampiran sungai, terjejas teruk akibat banjir.

Semasa inisiatif sukarelawan di Kampung Kuala Jengal, pasukan Grab dapat bertemu dengan Sepiah dan berkongsi bahawa rumahnya yang terletak berhampiran sungai, terjejas teruk akibat banjir – Gambar ihsan, 21 Ogos, 2024

Bantuan kemanusiaan

Selain banjir, Grab Malaysia juga bekerjasama dengan Mercy Malaysia pada 2023 dan dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk pelbagai aktiviti sokongan, termasuk pengagihan makanan dan air, sokongan kesihatan mental, bantuan perubatan, serta menyumbang kepada penyediaan dan pengendalian pusat-pusat perubatan.

Dalam pada itu, Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berharap kerjasama dengan Grab Malaysia dapat diteruskan bagi memperkukuhkan tindak balas kecemasan dan membantu komuniti yang terjejas.

“Kami amat berterima kasih atas kemurahan hati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dan menghargai sokongan Grab dalam bantuan banjir dan bantuan kemanusiaan yang kami anjurkan secara berterusan dalam masa kritikal ini,’’ katanya. – 21 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related