Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1724916293:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 165
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 225430
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:145:"Sebelum ini Jabatan Mufti beranggapan Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh sudah tidak mahu berbuat demikian setelah menyatakan hasrat untuk bertaubat";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => tanah jerlus
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 57
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753245548";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753245548
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Menteri Agama harap Raja Bomoh segera bertaubat | Scoop

Menteri Agama harap Raja Bomoh segera bertaubat

Sebelum ini Jabatan Mufti beranggapan Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh sudah tidak mahu berbuat demikian setelah menyatakan hasrat untuk bertaubat

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berharap Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin segera bertaubat dengan perbuatannya yang menjalankan aktiviti ritual di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya dan Jabatan Mufti beranggapan Ibrahim sudah tidak mahu berbuat demikian setelah menyatakan hasrat untuk bertaubat.

“Kadang-kadang manusia tidak tahu kesilapan dia buat, jadi kita serahkan kepada berilmu dan Jabatan Mufti untuk memberikan nasihat kepada beliau.

“Semoga dengan nasihat yang diberikan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan nanti akan benar-benar berikan keinsafan kepada beliau. Itu harapan saya,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Madani bertemakan Kearah Penghayatan dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital tahun 2024 di Sepang hari ini.

Awal hari ini, Mohd Na’im mengarahkan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil Ibrahim dengan segera selepas raja bomoh itu hadir di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, semalam.

Ia bagi memberikan nasihat tentang batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.

Untuk rekod, Ibrahim pernah dipanggil pada 2017 dan telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Malah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506).

Menerusi beberapa video yang tular, Ibrahim memaklumkan kehadirannya ke lokasi kejadian adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

Beliau turut dilaporkan merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi berhampiran seorang wanita dikenali sebagai Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra, India dilaporkan terjerlus ke dalam lubang sedalam lapan meter. – 29 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Women Ministry plans to set up e-filing system for lodging sexual harassment reports

The Women, Family and Community Development Ministry intends to develop an e-filing system to enable more victims of sexual harassment outside Putrajaya to lodge complaints with the Anti-Sexual Harassment Tribunal

Kelantan to make halal certification mandatory for all F&B businesses

The new mandatory condition is being implemented by the Kota Bharu council first

‘More imports in M-League teams scuppers local players’ chances of playing for Malaysia’

The decision of the Malaysian Football League (MFL) to allow teams to start a match with six imported players for the 2024-2025 M-League season is seen to be detrimental to local players.

Related