Polis selamatkan 137 individu termasuk kanak-kanak mangsa eksploitasi buruh

Ia melibatkan 35 warga Myanmar,  Thailand (25), Indonesia (23), Bangladesh (17) dan Filipina (sembilan), lapan rakyat tempatan, selain masing-masing lima warga Kemboja, Vietnam dan China serta etnik Rohingya (tiga) dan Nepal (dua) turut diselamatkan dalam operasi itu

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menyelamatkan 137 individu termasuk 52 kanak-kanak  disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh menerusi Op Pintas Mega yang dilaksanakan pada Januari dan Jun lepas.

Ketua Penolong Pengarah Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Soffian Santong dalam kenyataan berkata mereka melibatkan 35 warga Myanmar,  Thailand (25), Indonesia (23), Bangladesh (17) dan Filipina (sembilan).

Beliau berkata lapan rakyat tempatan, selain masing-masing lima warga Kemboja, Vietnam dan China serta etnik Rohingya (tiga) dan Nepal (dua) turut diselamatkan dalam operasi itu.

Soffian berkata 398 individu juga ditahan dalam operasi yang diadakan menerusi dua fasa di seluruh negara itu.

Sebanyak 42 serbuan dan 285 individu melibatkan warga tempatan dan asing ditahan pada fasa pertama Januari lepas, dengan 64 mangsa diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.

Bagi fasa kedua pada Jun lalu, 33 serbuan dilakukan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing serta polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita dan 22 kanak-kanak lelaki.

Soffian berkata operasi secara bersepadu itu melibatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan pihak berkuasa tempatan dengan menyasarkan premis kilang, ladang, sektor perikanan dan perkhidmatan serta pengemis. – 31 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

MetMalaysia alert: thunderstorms to lash multiple states

Meteorological Dept warns that thunderstorms and heavy rain are expected in nearly all states until at least 6pm today

Sabah water woes: Shahelmey rejects water ‘crisis’ claim

State Works Minister Datuk Shahelmey Yahya has denied that Sabah is experiencing a water crisis, calling Kota Belud MP Isnaraissah Munirah's description of the situation "extreme".

Related