Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1725422641:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 188
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:137:"Penubuhan itu dilihat untuk memberi persepsi bahawa negeri SG4 ini lebih baik daripada negeri ditadbir Umno mahu pun Pakatan Harapan (PH)";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => hasil
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 226168
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752114493";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:4:{i:18;i:1;i:13;i:1;i:2;i:1;i:16;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752219051";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751688094";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:2;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751831222";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752219051
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Syarikat SG4 hanya propaganda politik, adakah rakyat setuju kongsi hasil negeri, soal penganalis | Scoop

Syarikat SG4 hanya propaganda politik, adakah rakyat setuju kongsi hasil negeri, soal penganalis

Penubuhan itu dilihat untuk memberi persepsi bahawa negeri SG4 ini lebih baik daripada negeri ditadbir Umno mahu pun Pakatan Harapan (PH)

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Idea perkongsian hasil dan kekayaan empat negeri pembangkang menerusi penubuhan entiti korporat SG4 Group Sdn Bhd hanya lebih kepada propaganda politik, kata Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Azmi Hassan.

Bercakap kepada Scoop, Azmi berkata, penubuhan itu dilihat untuk memberi persepsi bahawa negeri SG4 ini lebih baik daripada negeri ditadbir Umno mahu pun Pakatan Harapan (PH).

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Azmi Hassan berkata penubuhan syarikat itu mungkin dikatakan sesuatu yang bersifat positif tapi hakikatnya tiga bulan lalu kerajaan Terengganu tidak bersetuju dengan Akta Laut Wilayah 2012. – Gambar fail, 3 September, 2024

“Penubuhan syarikat bersama SG4 ini di atas kertas memang nampak ‘cantik’ tapi hakikatnya adakah ia akan berjaya dan negeri yang akan dieksploitasi potensinya itu bersetuju.

“…dan adakah rakyat negeri akan bersetuju, kerana ada yang merasa tidak adil untuk berkongsi kekayaan dengan negeri lain yang mungkin tidak mempunyai sumber kekayaan hasil termasuk mineral nadir bumi,” katanya semalam.

Beliau berkata, penubuhan syarikat itu mungkin dikatakan sesuatu yang bersifat positif tapi hakikatnya tiga bulan lalu kerajaan Terengganu tidak bersetuju dengan Akta Laut Wilayah 2012.

Difahamkan akta itu menghadkan sempadan maritim negeri sehingga tiga batu nautika iaitu 5.5 kilometer dari kawasan pantai.

“Terengganu tidak bersetuju kerana mereka kata segala hasil itu milik mereka.
Hakikatnya kenapa akta ini dikenakan kerana dikatakan Petronas mendapat manfaat daripada cari gali minyak, ia dapat berkongsi dengan negeri-negeri lain yang tidak mempunyai hasil minyak.

“Dalam hal SG4 ini Terengganu bersetuju pula, tapi dalam hal Petronas ini mereka tidak setuju, jadi nampak hipokritnya.

“Cadangan ini lebih kepada propaganda politik untuk memberi persepsi bahawa negeri SG4 ini lebih baik daripada negeri ditadbir Umno atau Pakatan Harapan (PH)

“Jadi kita tunggulah pelaporan-pelaporan yang akan dilakukan oleh syarikat bersama ini nanti,” katanya.

Penubuhan SG4 Group diumumkan secara rasmi ketika Sidang Kemuncak Empat Kerajaan Negeri (SG4) dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Ketua Panel Penasihat SG4.

Entiti korporat itu ditubuhkan dengan setiap empat negeri mempunyai ekuiti masing-masing sebanyak 25%.

Sementara itu, pengendali Facebook Greater Terengganu Development iaitu laman sosial popular memfokuskan perbincangan ilmiah pembangunan infrastruktur dan ekonomi di Terengganu turut merayu kepimpinan kerajaan negeri supaya tidak menerima cadangan penubuhan entiti korporat tersebut.

Katanya, kekayaan negeri itu jika dibahagikan sama rata, maka kemungkinan besar hasil bumi Terengganu terpaksa diserahkan kepada negeri lain.

Dalam hal SG4 Terengganu bersetuju, sebaliknya dalam hal Petronas mereka tidak bersetuju, sekali gus menampakkan sifat hipokrit mereka.- Gambar fail Bernama, 3 September, 2024

“Pembahagian sama rata hasil kekayaan negeri juga tidak adil untuk negeri-negeri besar dengan mengambil contoh bajet Terengganu adalah lebih enam kali ganda berbanding Perlis.

“Maka Terengganu sudah semestinya memerlukan lebih banyak hasil berbanding Perlis,” katanya.

Pihak terbabit turut mempersoal bagaimana sekiranya ada negeri dalam SG4 dirampas parti yang tidak sama dengan kerajaan Terengganu kelak.

“Adakah ketika itu syarikat ini akan dibatalkan? Berapa banyak pula pampasan ketika itu yang perlu negeri kita tanggung?

“Justeru admin mohon untuk perhalusi kembali cadangan Tun Mahathir. Admin setuju kepakaran perlu dikongsi, tetapi hasil negeri biarlah kekal dinikmati oleh rakyat negeri masing-masing,” katanya. – 4 September, 2024

Topics

 

Hangat

E-hailing driver lured to palm plantation before being murdered, prosecution reveals

The prosecution in the trial of six policemen and a civilian who are charged with killing an e-hailing driver will adduce to show that the murder took place on Januari 13, 2023, where the deceased was lured out of a hotel in Tawau and ordered to drive with others in a car to an oil palm plantation where he was killed.

King makes personal donation to Elmina crash victim’s wife

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah made a personal donation to Adlina Aisyah Ahmad Rusli, the wife of Idris Abdol Talib @ Ramali, one of the victims who perished in a private jet crash on the Guthrie Corridor Expressway, near Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, on Thursday.

Sanusi tak setuju harga beras putih tempatan diapung, ‘saya bimbang…’

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak bersetuju sekiranya harga beras putih tempatan (BPT) diapungkan

Related