MA63: Pemberian khas interim Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta: TPM

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, berkata walaupun kadar itu disemak setiap lima tahun tetapi Perdana Menteri memutuskan untuk menaikkan pemberian khas berkenaan lebih awal

7:55 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan kadar pemberian khas interim untuk Sabah dan Sarawak daripada RM300 juta kepada RM600 juta mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang berlangsung lebih dua jam dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63, berkata walaupun kadar itu disemak setiap lima tahun tetapi Perdana Menteri telah memutuskan untuk menaikkan pemberian khas berkenaan lebih awal.

“Tahun lepas telah diumumkan sebanyak RM300 juta untuk setiap negeri. Tadi (dalam mesyuarat MTPMA63) Perdana Menteri memutuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak). Maknanya sekali ganda kenaikan.

“Ini akan bermula pada tahun 2025. Sepatutnya ia diumumkan sewaktu Bajet tetapi Perdana Menteri mengumumkkan dalam mesyuarat kali ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya serta Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Fadillah berkata pengumuman itu hanya melibatkan bayaran interim kerana formula pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak belum dimuktamad.

Beliau juga berkata terdapat empat isu belum yang diputuskan pada mesyuarat hari ini termasuk duti setem, pelantar benua dan royalti. 

Selain itu, katanya mesyuarat bersetuju supaya perkara dalam kategori agree to disagree dibawa ke peringkat paling tinggi untuk dibincangkan iaitu antara Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.

Fadillah berkata pihaknya akan mengemas kini hasil perbincangan berkaitan isu itu kepada Perdana Menteri dalam tempoh tiga bulan.

“Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk memastikan tuntutan di bawah MA63 diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau dalam platform rundingan lain iaitu Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 bagi memastikan tuntutan yang masih belum selesai tersebut diambil tindakan sewajarnya,” katanya. – 12 September, 2024

Topics

 

Hangat

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed Ogos 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Cops seek witnesses with video recordings of hit-and-run that killed Form 5 student

The police are still waiting for witnesses with video recordings, either from dashcam or CCTV, of the accident in which a 17-tahun-old student was killed when hit by a car driven by a senior police officer in Meru, to facilitate investigations of the case.

Related