Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1726214316:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 189
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 227517
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:179:"'Hasil risikan yang diperoleh, apabila kanak-kanak ini berusia dua tahun mereka akan diasingkan daripada keluarga dan pembesarannya memang dalam taman asuhan tersebut' : Razarudin";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752866238";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752288351";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:4;i:1;i:2;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752866238
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
402 kanak-kanak dipisahkan dari ibu bapa sejak berumur 2 tahun: KPN | Scoop

402 kanak-kanak dipisahkan dari ibu bapa sejak berumur 2 tahun: KPN

'Hasil risikan yang diperoleh, apabila kanak-kanak ini berusia dua tahun mereka akan diasingkan daripada keluarga dan pembesarannya memang dalam taman asuhan tersebut' : Razarudin

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 402 kanak-kanak yang diselamatkan polis menerusi Op Global yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service & Business Holding (GISBH) dipercayai dipisahkan daripada keluarga masing-masing sejak berusia dua tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendedahan itu terbongkar hasil temu bual bersama mangsa yang dipercayai generasi ketiga serta keempat di bawah penubuhan GISBH.

“Hasil risikan yang diperoleh, apabila kanak-kanak ini berusia dua tahun mereka akan diasingkan daripada keluarga dan pembesarannya memang dalam taman asuhan tersebut.

“Kanak-kanak ini akan ditempatkan di rumah amal ini selepas ibu bapa mereka pergi ke Arab Saudi dan Turkiye selama enam tahun. Malah kita percaya ada antara kanak-kanak ini sudah beberapa tahun tidak berjumpa ibu bapa mereka.

“Jadi, ini satu kesalahan pengabaian dan penganiayaan kepada mangsa,” katanya pada sidang media, hari ini.

Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun berjaya diselamatkan selepas disyaki menjadi mangsa eksploitasi seksual dan fizikal membabitkan GISBH.

Siasatan mendapati modus operandi dilakukan di rumah amal itu dengan mengajar dan mendidik mangsa cara meliwat dan diliwat penjaga.

Malah, mereka turut dipaksa melakukan perbuatan tersebut kepada penghuni lain.

Sementara itu, Razarudin menegaskan tidak wujud isu polis lambat mengambil tindakan sebaliknya pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan dan risikan berdasarkan laporan yang diterima sejak 2011.

Menurutnya, dalam apa-apa perkara, polis perlu membuat risikan menyeluruh sebelum melakukan sebarang serbuan besar-besaran seperti Op Global pada Rabu lalu.

“Tiada isu pasal apa kita lambat ambil tindakan, dari 2011 memang dalam tindakan tetapi kita (masih) dalam proses mengumpul maklumat.

“Ini merupakan tindakan polis berterusan, kita kumpul maklumat daripada Pukas (Pusat Kajian Ajaran Sesat) dan masa inilah kita dapat bertindak dengan keterangan-keterangan yang kita ada masa kini,” katanya.

Sebelum ini, ramai pihak mempertikaikan polis lambat mengambil tindakan sewajarnya biarpun sudah banyak laporan dibuat mengenai aktiviti eksploitasi kanak-kanak yang dilakukan GISBH, sejak lebih sepuluh tahun lalu.

Dalam pada itu, Razarudin turut menjelaskan polis akan menjalankan siasatan secara adil dan akan meminta pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes berkenaan.

“Kita siasat dengan adil… dia (GISBH) nak nafikan, kita tiada masalah.

“Keterangan yang kita ada, itu yang kita kumpulkan. Kita akan membawa (keterangan dan siasatan) kepada AGC untuk dapatkan pandangan, ulasan dan juga keputusan (berhubung kes ini),” katanya. – 13 September, 2024

Topics

 

Hangat

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Raub MP arrested for obstructing civil servants felling durian trees: Pahang police

Besides the DAP lawmaker, head of the Save Musang King Alliance farmers group, Wilson Chang, also arrested

Over 180,000 Grab Malaysia drivers, dispatchers receive SKSPS contribution

Sponsored protection under company’s management for period of 12 months, says Steven Sim

Related