Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1727093465:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 228746
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:82:"Keputusannya akan dibawa ke Majlis Raja-Raja yang bakal bersidang pada Oktober ini";}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 188
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748263796";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748465481";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748696044";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748696044
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Persoalan fahaman GISB diketahui Oktober ini, selepas dapat perkenan Majlis Raja-Raja: Na’im | Scoop

Persoalan fahaman GISB diketahui Oktober ini, selepas dapat perkenan Majlis Raja-Raja: Na’im

Keputusannya akan dibawa ke Majlis Raja-Raja yang bakal bersidang pada Oktober ini

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebarang persoalan berkaitan fahaman Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) akan diputuskan oleh Majlis Raja-Raja, yang akan bersidang bulan hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, kertas kerja berkaitan GISB akan dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dipengerusikan Datuk Nooh Gadut, bermula esok sehingga Khamis ini di Terengganu.

Jawatankuasa itu, katanya dianggotai oleh semua mufti-mufti di Malaysia.

“Selepas Jawatankuasa Muzakarah ini membuat keputusan, ia akan dibawa ke Majlis Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Timbalan Pengerusi yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian ia akan dibawa ke Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada bulan 10 (Oktober) nanti.

“Dalam bulan 10 ini… kita dah boleh dapat keputusan perkenan. Saya tak boleh (komen lanjut) sebab ini semua bidang kuasa negeri, Jakim hanya menyelaraskan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Majlis Majlis Pra Pelancaran Tilawah dan Hafazan Al-quran Peringkat Antarabangsa Ke-64, di sini, hari ini.

Ditanya adakah Jakim akan menganjurkan program pemulihan akidah melibatkan bekas ahli GISB, Na’im berkata hal itu tertakluk kepada hasil keputusan jawatankuasa MKI terlebih dahulu.

“Jawatankuasa MKI akan mula bermesyuarat esok, kalau saya kata apa-apa (berkaitan GISB), nanti saya mendahului mereka.

“Nanti orang kata menteri (agama) pula yang keluarkan fatwa. Apa-apa kita tunggu keputusan jawatankuasa MKI terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dianggarkan terdapat kira-kira 10,000 ahli kumpulan GISB.

Pada sidang medianya hari ini, Razarudin turut memaklumkan sebanyak 153 akaun bank berkaitan GISB telah dibekukan melibatkan jumlah lebih RM800,000.

Baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Perlis mengisytiharkan kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat kerana ajaran yang dibawa adalah kesinambungan kepada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Isu itu turut mendapat reaksi daripada Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang bersetuju ia perlu dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI sebelum sebarang fatwa dibuat. – 23 September, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Man found in Bezza near car boot sale died over five days ago, say police 

Subsequently, Petaling Jaya deputy police chief M. Hussin Sollehuddin Zolkifly called on witnesses of the incident to come forward to the nearest police station to assist with the investigations. 

Related