AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion: Amir Hamzah

Angka yang membimbangkan ini menunjukkan bahawa isi rumah semakin bergantung kepada kredit untuk membiayai gaya hidup dan pelaburan mereka

8:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28% rakyat Malaysia yang bekerja meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.

“Peningkatan kebolehcapaian pinjaman peribadi, kad kredit, dan terutamanya skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ amat membimbangkan, terutamanya dalam kalangan golongan dewasa muda.

“Meskipun ia memudahkan, kekurangan pemahaman mengenai implikasi dan kekurangan disiplin dalam mengurus komitmen kemudahan ini boleh mengakibatkan hutang yang tidak terurus,” katanya dalam ucapan perasmian Bulan Celik Kewangan 2024.

Amir Hamzah berkata menurut tinjauan celik kewangan yang dijalankan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), hanya 36% rakyat Malaysia memahami konsep asas kewangan seperti kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko.

Ia meletakkan Malaysia tempat ke-26 daripada 39 negara yang dikaji, di bawah purata global sebanyak 42%.

Tahap celik kewangan yang rendah ini menimbulkan kebimbangan, mengambil kira hutang isi rumah Malaysia yang tinggi.

Sehingga 2023, hutang isi rumah mencecah RM1.53 trilion, bersamaan 84.2% daripada keluaran dalam negara kasar, antara nisbah tertinggi di rantau ini, katanya.

“Angka yang membimbangkan ini menunjukkan bahawa isi rumah semakin bergantung kepada kredit untuk membiayai gaya hidup dan pelaburan mereka.

“Jika tidak diurus dengan teliti, tahap hutang sedemikian boleh menyebabkan tekanan kewangan jangka panjang, ini mengukuhkankan lagi kepentingan celik kewangan dalam mengawal kedudukan kewangan,” kata Amir Hamzah.

Beliau menekankan celik kewangan adalah asas kepada pemerkasaan ekonomi dan kesejahteraan kewangan kepada semua rakyat Malaysia, menjadikannya sebagai tonggak utama rangka kerja ekonomi Madani.

“Kerajaan, melalui Rangkaian Pendidikan Kewangan, ia mengutamakan celik kewangan sebagai elemen teras agenda dasarnya di bawah Strategi Kebangsaan untuk Celik Kewangan 2019-2023.

“Strategi ini bertujuan untuk membangunkan tabiat kewangan yang bertanggungjawab, meningkatkan perancangan kewangan dan membina daya tahan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata bagi mencapai celik kewangan ia memerlukan kerjasama seluruh negara yang diselaraskan antara kerajaan, institusi pendidikan, institusi kewangan dan masyarakat.

“Hanya menerusi tindakan kolektif kita boleh mencapai kemajuan yang berkekalan dalam melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan kewangan yang mereka perlukan,” katanya. – 1 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Google published inaccurate USD/RM exchange rate, again: BNM

Bank Negara Malaysia today dismissed the inaccurate ringgit exchange rate data circulating on social media, which was based on an erroneous USD/RM exchange rate Diterbit by Google on Friday, Mac 15. 

No plans to license smaller social platforms, implement ID verification: Teo

Deputy communications minister says most cyber crimes happen on more prominent platforms, reiterates consultations were made and denies claims in AIC open letter

2022 APG: M’sian athletes show prowess by snagging six medals on first day

The first hari of the 2022 Para Asian Games here saw the Malaysian contingent open its medal tally on a promising note with one gold, two silver and three bronze.

Related