Polis mulakan siasatan kes buli anak penyanyi

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa yang berusia antara 14 hingga 16 tahun dilaporkan mengalami kecederaan, termasuk lebam pada tangan dan telinga

6:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis melancarkan siasatan berhubung kes buli anak kepada seorang penyanyi serta beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama di ibu negara berikutan 12 laporan diterima daripada pihak yang prihatin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Daripada tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, dua telah dikembalikan untuk dikemas kini,” katanya pada majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Susulan majlis itu, bekas Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh akan menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang baharu manakala ACP Aidil Bolhassan mengambil alih tugas Ketua Polis Daerah Cheras berkuat kuasa hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kes itu, Rusdi mengesahkan beberapa suspek telah dikenal pasti iaitu kesemuanya pelajar Tingkatan Lima serta warden sekolah dan kenyataan warden telah pun diambil.

Beliau berkata, mangsa yang berusia antara 14 hingga 16 tahun dilaporkan mengalami kecederaan, termasuk lebam pada tangan dan telinga.

“Kita jangka akan dapat ambil keterangan daripada suspek (pelajar) pada hujung minggu ini atas permintaan pihak sekolah yang mohon diberikan ruang untuk anak-anak itu jalani peperiksaan percubaan SPM dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rusdi berkata polis akan memanggil wakil daripada Bloomberg untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini kita telah ambil keterangan daripada dua pihak iaitu MACC dan bekas Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil. Beberapa individu lain juga akan dipanggil, khususnya daripada Bloomberg dalam masa terdekat,” katanya. – 9 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

I’m not a man of politics, just born into a high-profile family: Mirzan Mahathir 

The 65-year-old businessman sees each accusation not as a threat, but as a challenge – an opportunity to fortify his character and forge his legacy. 

Related