Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1728536898:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 230853
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:133:"Ketika kejadian, suspek yang juga ibu kepada tiga anak memandu kendereaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => UiTM
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 281
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750958338";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750958338
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Wanita disyaki sebabkan kematian 3 penuntut UiTM direman 4 hari | Scoop

Wanita disyaki sebabkan kematian 3 penuntut UiTM direman 4 hari

Ketika kejadian, suspek yang juga ibu kepada tiga anak memandu kendereaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah, yang dipercayai mengalami masalah mental direman empat hari bermula hari ini, selepas kereta yang dipandunya merempuh dua motosikal hingga mengakibatkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, malam semalam.

Perintah remah ke atas wanita berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Ketika kejadian, suspek yang juga ibu kepada tiga anak memandu kendereaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun.

Dalam kejadian pada jam 7.35 malam itu, tiga mangsa meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah.

Tiga mangsa yang meninggal dunia adalah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.

Sementara Muhammad Amar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Kuala Lumpur cedera di pinggang dan sedang mendapatkan rawatan di Hospitak Dungun.

Salah seorang mangsa, Allahyarham Ku Adib Aizad adalah anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, kejadian difahamkan berlaku ketika keempat-empat mangsa selesai makan malam dan dalam perjalanan pulang ke kampus.

“Siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai kurang siuman dan mangsa datang dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun ke Teluk Gadung.

“Ketika sampai di lokasi kejadian suspek yang berasal dari Kampung Sura Tengah, Dungun melanggar bahagian belakang motosikal mangsa menyebabkan tiga daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat patah tulang leher, cedera di kepala dan dada manakala seorang lagi masih dirawat di Hospital Dungun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. – 10 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related