Penyasaran RON95: 85% rakyat tidak terkesan ‘jadi sebab apa nak bantah’, soal Anwar

Justeru, Perdana Menteri mempersoalkan kenapa ia perlu dibantah sedangkan matlamat penyasaran subsidi berkenaan adalah untuk membantu rakyat Malaysia, bukannya golongan kaya atau warga asing

6:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan 85% penduduk di negara ini tidak akan terkesan dengan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan pertengahan tahun depan.

Justeru, Perdana Menteri mempersoalkan kenapa ia perlu dibantah sedangkan matlamat penyasaran subsidi berkenaan adalah untuk membantu rakyat Malaysia, bukannya golongan kaya atau warga asing.

Jelasnya, sebelum ini setiap tahun kerajaan ‘bermurah hati’ memberikan RM8 bilion subsidi kepada orang kaya dan warga asing.

“Jangan bimbang 85% kekal dengan subsidi, tapi yang 15% yang kaya ini, bayar la lebih sikit. Tapi rakyat biasa bayar RM2.05. Jadi sebab apa kita nak bantah.

“Saya bagi tahu awal-awal. Saya nak tanya naik (harga minyak) untuk siapa? Naik untuk orang kaya. Yang kamu sibuk sebab apa? Kamu wakil kepada siapa, warga asing atau wakil kepada orang kaya.

“Kalau kamu ini wakil kepada rakyat Malaysia, kamu harus sokong usaha untuk tidak membebankan rakyat tetapi (kerajaan) kutip harga berpatutan kepada orang kaya supaya jumlah itu boleh diberikan kepada rakyat,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di Likas, Sabah, hari ini.

Pada Jumaat, ketika pembentangan Bajet 2025, Datuk Seri Anwar berkata kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.

Jelas beliau, penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hanya 15% penduduk Malaysia yang terdiri daripada golongan kaya dan warga asing akan terlibat dalam penyasaran subsidi RON 95.

Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah RM2.05 berbanding negara jiran seperti Thailand RM5.85, Indonesia RM3.38, Singapura RM9.02 dan Arab Saudi RM2.66.

“Petrol di Malaysia adalah yang paling murah, berbanding Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, malah Arab Saudi. Di Arab Saudi, harga seliter di sana RM2.65 berbanding Malaysia RM2.05.

“Sekarang kita bantu dengan subsidi, berapa subsidi? Satu tahun, kalau kita tak tukar (penyasaran subsidi), RM20 bilion. Subsidi ini maknanya apa? Kerajaan bantu supaya harga tidak naik.

“Sepatutnya kepada siapa? Kepada rakyat susah, tapi sekarang ini subsidi petrol termasuk kepada warga asing, yang tiada kad pengenalan pun kita bantu, orang kaya banglo lima buah, untung puluh juta tapi subsidi petrol kita bagi’’ katanya. – 19 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed Ogos 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Unity govt ‘colour blind’ when supporting opposition states during disasters: Zahid

The unity government has never marginalised any opposition-ruled states in the provision of humanitarian aid during disasters, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related