Gaji minimum: Kadar tambang pengangkutan awam tidak naik, kata Loke

Anthony Loke berkata ia berikutan kadar upah semasa bagi kakitangan di sektor itu sudahpun melangkaui penetapan kadar gaji minimum RM1,700 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tambang pengangkutan awam tidak akan dinaikkan susulan peningkatan kadar gaji minimum menjelang Februari depan.

Menterinya, Anthony Loke berkata ia berikutan kadar upah semasa bagi kakitangan di sektor itu sudahpun melangkaui penetapan kadar gaji minimum RM1,700 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025.

“Sebarang permohonan peningkatan kadar tambang perkhidmatan berkenaan perlu mendapat kelulusan kerajaan, sebelum sebarang penetapan baharu boleh diperkenal kepada umum.

“Rata-ratanya gaji di sektor penerbangan sudah melebihi RM1,700. Saya rasa ini tidak akan ada kesan besar sebab sektor ini banyak membabitkan kerja teknikal yang memerlukan tenaga mahir dan terlatih.

“Di sektor pengangkutan awam lain, saya rasa kadar upah pemandu pun sudah melebihi RM1,700. Tambahan kadar tambang bas dikawal kerajaan dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati,” katanya kepada media selepas merasmikan Global Aviation’s Premier Air Services Negotiation Event hari ini.

Beliau berkata, rata-rata upah pemandu mencecah hingga RM3,000 dan ke atas sebulan.

“Jadi ia (penetapan gaji minimum baharu) tidak memberi kesan besar kepada sektor ini.

“Malah, syarikat juga sukar mencari pemandu jika mereka menawarkan gaji RM1,700,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Bajet 2025 berkata,
kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700, berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk menangguh kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan, iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025. – 21 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

MetMalaysia alert: thunderstorms to lash multiple states

Meteorological Dept warns that thunderstorms and heavy rain are expected in nearly all states until at least 6pm today

Sabah water woes: Shahelmey rejects water ‘crisis’ claim

State Works Minister Datuk Shahelmey Yahya has denied that Sabah is experiencing a water crisis, calling Kota Belud MP Isnaraissah Munirah's description of the situation "extreme".

Related