Insiden kibar bendera China: PAS Perak tuntut kerajaan negeri beri penjelasan, gesa siasatan

Pembangkang di Perak juga mahu kerajaan negeri memberikan penjelasan lanjut mengenai video yang telah tular dengan menjalankan siasatan telus dan menyeluruh

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR —  PAS Perak membidas kerajaan negeri Perak yang mendiamkan diri dan tidak memberikan penjelasan berhubung isu mengibarkan bendera China dalam perarakan Sambutan Guan Gong sedunia di Teluk Intan, semalam.

Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria berkata, jika kejadian itu tidak dibendung kemungkinan ia akan menganggu keharmonian kaum di negara ini.

Jelasnya, pembangkang di Perak juga mahu kerajaan negeri memberikan penjelasan lanjut mengenai video yang telah tular dengan menjalankan siasatan telus dan menyeluruh.

Ini bagi memastikan Perak terpelihara daripada anasir yang mampu menggugat keharmonian kaum dan melanggar prinsip 3R(raja, kaum dan agama).

“Siasatan perlu dilakukan dengan sesegera mungkin apatah lagi yang menyebarkan video tersebut merupakan EXCO Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Perak.

“Pembangkang juga menuntut permohonan maaf daripada Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Pasir Berdamar kerana telah membuat video daripada Facebook rasmi walaupun telah dipadam oleh empunya akaun media sosial,’’ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sejak semalam, tular di media sosial video sekumpulan peserta mengibarkan bendera China pada sambutan pesta terbabit.

Dalam pada itu, penganjur sambutan Guan Gong sedunia memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh sekumpulan individu pada perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, semalam.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia, Soon Boon Hua, ia merupakan tindakan itu tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pengelola.

“Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan tidak terkecuali.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut,” katanya dalam kenyataan. – 25 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related