Hujan lebat berterusan, Shah Alam dan Damansara dinaiki air

Laluan di sekitar Persiaran Surian dan Mutiara Damansara sesak teruk sehingga menyebabkan lima kenderaan terperangkap selepas air naik mencecah 0.3 meter sementara beberapa perniagaan di Sek 13 Shah Alam terpaksa ditutup bagi operasi pembersihan

2:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan utama di sekitar Damansara dan Shah Alam, Selangor dinaiki air susulan hujan berlarutan sejak awal pagi tadi, sehingga menyebabkan berlaku gangguan kepada aliran trafik.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan memaklumkan banjir kilat dilaporkan berlaku sekitar Lebuhraya Damansara Puchong.

“Menerusi laporan dikeluarkan kira-kira jam 8.16 pagi, berlakunya banjir kilat di Kilometer 4.9 – Kilometer 5.0 arah Utara dari Bandar Utama ke Penchala.

“Laluan susur serta lorong tengah dan lorong kiri laluan utama terhalang mengakibatkan kesesakan trafik,” katanya.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di laluan dari Aman Puteri menghala Kepong serta laluan sekitar Batu Caves mengakibatkan kesesakan hampir satu jam.

Laluan di sekitar Persiaran Surian dan Mutiara Damansara juga dilihat mengalami kesesakan sehingga menyebabkan lima kenderaan terperangkap selepas kawasan itu dinaiki air setinggi kira-kira 0.3 meter.

Menerusi perkongsian orang awam juga, Seksyen 13, Shah Alam turut dinaiki air sehingga mengakibatkan beberapa perniagaan di kawasan sekitar terpaksa ditutup bagi operasi pembersihan.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi laman Facebook miliknya menasihati penduduk agar sentiasa berwaspada dan memantau kenaikan air di kediaman masing-masing.

“Berikutan hujan lebat berterusan, penduduk Shah Alam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memantau kenaikan air di kawasan kediaman masing-masing.

“Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah di pusat penempatan sementara yang telah disediakan,” katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi pasukan Tindakan Segera (Pantas) MBSA di talian 03-55105811 sekiranya berlaku sebarang kecemasan. – 12 November, 2024 

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Related