Gunung Ibu di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi

Letusan berlaku pada jam 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah

7:05 PM MYT

 

JAKARTA – Gunung Ibu, yang terletak di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Khamis, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi tiga kilometer (km) dan menyebabkan amaran penerbangan kedua tertinggi dikeluarkan, menurut Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bencana Geologi.

Letusan berlaku pada jam 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah, lapor Xinhua.

Penduduk telah dilarang melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan radius lima km dari kawah dan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka apabila melakukan aktiviti di luar rumah.

Notis penerbangan telah dikeluarkan dengan tahap amaran oren, amaran kedua tertinggi yang melarang penerbangan di sekitar Gunung Ibu.

Gunung Ibu setinggi 1,325 meter merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia. – 14 November, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related