Kerajaan Selangor bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion

Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 bilion atau 56.7% diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.3 bilion (43.3%) bagi tujuan pembangunan

5:58 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 bilion atau 56.7% diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.3 bilion (43.3%) bagi tujuan pembangunan. 

Beliau berkata peruntukan mengurus, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan menjadi komponen terbesar yang mencakupi 38.7% daripada jumlah keseluruhan.

“Perbelanjaan mengurus ini termasuk pelarasan kenaikan skim gaji penjawat awam, khidmat kawalan keselamatan dan kontrak penyelenggaraan yang masing-masing melibatkan 26 jabatan, elaun majlis pengurusan komuniti kampung, peruntukan bagi elaun jawatankuasa dan petugas masjid serta sewaan bangunan ibu pejabat dan sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah,” katanya ketika membentangkan belanjawan itu Dewan Negeri Selangor, di sini.

Memperincikan selanjutnya, Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua berkata peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi 2025 meningkat RM100 juta atau 8.3% berbanding 2024 dengan tumpuan kepada sektor infrastruktur berbanding sosial. 

Peruntukan sektor infrastruktur merangkumi 31.09% dari peruntukan pembangunan dengan nilai RM404.17 juta, antara lainnya bagi menyokong keterjaminan bekalan air bersih, pengurusan sisa pepejal lebih efisien, menaik taraf jalan raya dan saliran bagi mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 serta persediaan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

“Walaupun sektor sosial bukan lagi tumpuan utama, peruntukan bagi tujuan pembangunan sosial berjumlah RM354.08 juta atau 27.24%, kekal sebagai antara agenda pembangunan utama kerajaan negeri. 

“Penekanan kepada program kesihatan dan kebajikan warga emas masih diteruskan, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam menambah baik sistem perlindungan sosial yang merangkumi kebajikan, pendidikan dan pengukuhan ekonomi golongan sasar sebagai teras kesejahteraan rakyat,” katanya.

Amirudin turut menzahirkan komitmen pentadbirannya untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat dengan memperuntukkan RM380.7 juta atau 29.29% bagi pembangunan sektor ekonomi.

Peruntukan selebihnya menumpukan bidang tumpuan utama meliputi sektor pendidikan berjumlah RM96.4 juta iaitu 7.42%, katanya.

“Sektor kesihatan berjumlah RM40 juta atau 3.08% dari keseluruhan peruntukan pembangunan dan baki RM24.5 juta atau 1.88% bagi pembangunan luar bandar,” katanya. 

Bertemakan ‘Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani’, belanjawan itu akan digerakkan melalui lima teras utama iaitu Kecerdasan Buatan dan Pemangkin Kemajuan Ekonomi Negeri; Mendukung Hasrat Alam Sekitar Mampan dan Infrastruktur Berkualiti; Memupuk Negeri Penyayang; Menjuarai Tadbir Urus Cekap dan Wibawa serta Membugar Ekonomi, Kebudayaan dan Pembangunan Generasi Muda. – 15 November, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related