Warga asing ditahan, korek hingga keluar bebola mata seorang lelaki

Siasatan awal mendapati lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan menganggu suspek menyebabkan dia dipukul dan matanya dicederakan

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam pergaduhan yang menyaksikan bebola matanya dikorek oleh seorang lelaki warga asing di sebuah flat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, semalam.

Berikutan itu, polis telah menahan lelaki warga asing berusia 28 tahun yang terlibat dalam pergaduhan pada jam 2 petang semalam.

Ketua Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan menganggu suspek menyebabkan dia dipukul dan matanya dicederakan.

“Lelaki itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut dan keadaannya kritikal, manakala suspek yang ditahan di lokasi kejadian, kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,’’ katanya yang dipetik dari Bernama.

Difahamkan, bebola mata kiri mangsa dijumpai petugas kesihatan tidak jauh daripada mangsa ketika mereka tiba di tempat kejadian. – 17 November, 2024

Topics

 

Hangat

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Malaysia alu-alukan kerjasama telco, media bangunkan aplikasi AI: Fahmi

Fahmi berkata kerangka kawal selia teknologi AI yang mapan dan menyeluruh diperlukan bagi memastikan matlamat penggunaan teknologi AI dapat dicapai

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Related