4 maut, kereta terbabas berhampiran pusat beli-belah di Putrajaya

Mangsa yang maut berusia antara 24 hingga 41 tahun

2:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk dua wanita maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Norhizam Bahaman berkata siasatan awal mendapati kemalangan pada 1 pagi itu berlaku apabila kenderaan yang dipandu dari arah Kajang hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan antara susur masuk pusat komersial berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan tiga lagi penumpang meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat keempat-empat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat Ins Muhamad Haziq Ab Karim di talian 017-9076260 dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa yang maut adalah Nurulhuda Ramli, 41, Amizan Sapiie, 27, Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24 dan Nizasuhana Ujang, 28. – 21 November, 2024

Topics

 

Hangat

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

No plans to license smaller social platforms, implement ID verification: Teo

Deputy communications minister says most cyber crimes happen on more prominent platforms, reiterates consultations were made and denies claims in AIC open letter

Cops seek witnesses with video recordings of hit-and-run that killed Form 5 student

The police are still waiting for witnesses with video recordings, either from dashcam or CCTV, of the accident in which a 17-tahun-old student was killed when hit by a car driven by a senior police officer in Meru, to facilitate investigations of the case.

Related