Penguatkuasaan DBKL dalam pengetahuan saya selaku menteri yang bertanggungjawab: Dr Zaliha jawab isu papan tanda

Dr Zaliha meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya menghentikan polemik mengenai penguatkuasan tersebut serta-merta

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda premis perniagaan di ibu negara dilakukan dalam pengetahuan Dr Zaliha Mustafa, selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan.

Justeru, Dr Zaliha menerusi satu kenyataan meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya menghentikan polemik mengenai penguatkuasaan tersebut serta-merta.

“Keputusan ini turut konsisten dengan pendekatan yang telah diambil sejak isu Jalan Silang sebagai Mini Dhaka berbangkit lagi dan ia selaras dengan Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menetapkan penggunaan bahasa kebangsaan perlu diutamakan pada papan tanda premis.

“Malaysia mengamalkan prinsip rule of law, di mana undang-undang dan peraturan yang dikuat kuasa adalah untuk memastikan keadilan serta keharmonian dalam masyarakat terjamin.

“Justeru, semua pihak, tanpa mengira latar belakang, perlu untuk mematuhi undang-undang dan peraturan tersebut,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu mengenai penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda bermula apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan tindak balas melampaui batas, menimbulkan rasa tidak puas hati serta mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Ia susulan tindakan DBKL yang mengeluarkan 20 notis kesalahan dan 10 notis penguatkuasaan kepada pemilik kedai kerana ‘menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan secara berlebihan’ dari Januari hingga 16 Oktober tahun ini.

Pada 18 November lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa kedai-kedai dibenarkan memasang papan tanda yang tidak menggunakan bahasa Melayu, selepas melawat salah satu pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Dr Zaliha dalam pada itu memaklumkan sepanjang 2024, sebanyak 13 siri operasi, 264 notis dikeluarkan dan 36 premis telah diambil tindakan berhubung isu papan tanda premis ini dengan antara kesalahan yang dikenakan ialah penggunaan papan tanda yang tidak mendapat permit dari DBKL atau papan tanda yang dipaparkan tidak mengikut kelulusan permit yang diberikan.

“Notis juga telah diberikan dalam tempoh yang munasabah kepada pemilik premis untuk mengambil tindakan sebelum penguatkuasaan dibuat.

“Penguatkuasaan ini adalah tugasan rutin DBKL yang sepatutnya telah dilaksanakan sejak dahulu lagi dan ia bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu, tetapi atas dasar memastikan peraturan yang berkuat kuasa dipatuhi,’’ katanya.

Berdasarkan undang-undang tersebut, Dr Zaliha berkata huruf-huruf dan perkataan-perkataan dalam bahasa kebangsaan hendaklah diberi keutamaan dan hendaklah dari saiz yang lebih besar daripada huruf-huruf atau tulisan perkataan dalam bahasa lain.

Dr Zaliha berkata, semua papan tanda tersebut juga perlu mendapatkan pengesahan visual dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebagai dokumen wajib untuk memohon kelulusan DBKL. – 29 November, 2024

Topics

 

Hangat

Nurinsafi determined to rebound after demoralising MHL start

After conceding 13 goals in their first two matches, Nurinsafi Sporting aims to regroup and overcome their defensive frailties as they prepare to face Liaoning in the Malaysia Hockey League

I want Stampa in prison for his disrespectful attitude towards M’sia: Azalina

Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform) Datuk Seri Azalina Othman Said says she hopes that “rogue” Spanish arbitrator Dr Gonzalo Stampa faces prison time over alleged transgressions he made in handling the case involving the Sulu Sultanate and Malaysia.

No need for Samsuri to step down as T’ganu MB for Kemaman poll: Hadi

There is no need for PAS’ Kemaman candidate Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar to step down as Terengganu menteri besar to contest in the by-election as it is nothing out of the ordinary, said party president Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Related